Quantcast
Channel: Kaki Travel: From Malaysia to the World with Khairuddin
Viewing all 548 articles
Browse latest View live

Hammock Oh! Hammock

$
0
0
Tanjung Malim

Sekarang tengah hangat pendaki-pendaki gunung di Malaysia tayangkan hammock masing-masing di face book Hiking & Camping Around The World.(HACAW). Rupa-rupanya ada pertandingan postkan gambar bersama hammock. Teman tak masuk pertandingan. Ada di kalangan kawan teman yang masuk pertandingan tersebut. 

Bulan ini bulan hammock ke ? Main tunjuk hammock semua.

Maklumat pertandingan postkan gambar anda bersama hammock teman perolehi dari face book Farhad Abdul Rahim. Maklumat adalah seperti berikut :

Sementara menunggu penyampaian hadiah dan contest seterusnye, en Falah Mokhtar dari traveout ingin membuat mini games. Sesiapa yg menang akan dapat hammock ticket to the moon single 2 colour. Syarat syarat
1. Postkan gambar anda bersama hammock
2. Letak hashtag ‪#‎traveout‬ dan ‪#‎hacaw‬  di setiap Gambar yg nak sertai.
3. Hanya gambar dari 3hb hingga 9hb March akan diambil kira.

4. Pemenang akan dapat hadiah di penyampaian hadiah di Jerangkang dan disponsor ke trip
Jerangkang oleh HACAW.
5. Gambar yg mempunyai likes terbanyak pada jam 23.59 9hb akan dikira sebagai pemenang.


Lokasi Gambar hammock tu dimana mana pun takpe. Ikut kreativiti masing masing. Kami beri kebebasan untuk anda berkarya.

Ada hammock jenis single layer. Ada hammock jenis double layer. Bentuk pula, dari segi empat sama atau segi tiga. Warna hammock ada jenis striking, gelap atau celoreng. Ada pelbagai jenama hammock di pasaran. Harga hammock adalah dari RM35 hingga mencecah RM1500.

Dari segi perlindungan, ada yang disertakan mosquito net dan ada pula siap denganflyer (bumbung) untuk berlindung dari panas ataupun hujan. Tali pengikat ada yang disertakan atau dijual berasingan.

Seeloknya cuba di rumah terlebih dahulu sebelum berkhemah. Biasakan tidur didalamnya beberapa kali. Jika leher berasa tegang, gunakan baju sebagai bantal sokongan.

Cari dua batang pokok yang kuat. Kemudian, cari jarak pokok yang lebih sedikit dari panjang hammock. Ikat pada ketinggian kepala dan kekenduran tali lebih kurang 30 darjah. Kedudukan hammock yang ideal adalah dari paras pinggang ke dada. 

Cari hammock yang ada extra poket untuk menggantung powerbank dan handphone. Lampu tidur dipasang tidak terlalu terang bagi mengelak dari tarikan binatang dan serangga. Jika ada sleeping bag digalakkan memakainya. (Nauz Der Lusar)

Rupa-rupanya ada pertandingan. Begitu banyak hammock dalam facebook teman. Teman pun teruju. Moh kita tatap sebahagian dari hammock yang menarik perhatian teman. 


The Moon Hammock (Farhad Abdul Rahim)

Bukit Pergasingan, Lombok (Fakhrul Haziq).Tido dalam hammock memang syahdu.

Lata Medang (Apan Kapan)

Jerangkang Waterfall (Oley Saku Nake)

Sawah Padi & Air Kelapa Muda (Wawan BreWokz)



Sunset di Puncak Bukit Batu Putih

$
0
0
Tanjong Tuan @ Cape Richardo

Entri ini adalah sambungan daripada entri sebelumnya Bukit Batu Putih, Port Dickson. Cara hendak ke sana. Waze je. Taip Cape Richado atau Tanjong Tuan. Anda akan jumpa Ilham Resort dahulu. Bukit Batu Putih terletak di dalam Hutan Rekreasi Tanjung Tuan. Untuk panduan lebih lanjut, sila baca entri teman sebelum ini. 


 Sepetang di Puncak Bukit Batu Putih

 360 degree view

 Menikmati Sunset

 Sehati Sejiwa

 Kaki Travel Was Here

 Die Hard Fan : In a Nutshell

Statue Rio De Batu Putih

 Puncak Bukit Batu Putih Checked

 Cinta, Naim dan Dr Nassier

 Pulang Marilah Pulang

View laut biru yang cantik, pendakian yang santai, mentari terbenam di ufuk barat, rumah api yang menusuk sukma. Pasti tak pancit. Hiking Time. Aku anak Pee Dee. Chia Chia Chia.    

Monumen Km 0 Tanjung Malim

$
0
0
Behrang-Tanjung Malim Highway, Federal Route 193

Apakah itu kilometer Sifar?

Kilometer Sifar adalah titik pangkal bagi sesebuah bandar, laluan jalan raya, atau rangkaian jalanraya kebangsaan. Sebutan yang sama juga ditetapkan untuk setiap jalan (seluruh lokasi di jalan itu memiliki nombor, bergantung kepada jaraknya dari titik permulaan yang telah ditetapkan). Begitu juga untuk sesebuah bandar, yang di mana kebiasaannya Pejabat Pos digunakan untuk tujuan permulaan pengiraan jarak.

Kilometer Sifar Johor Bahru
Dari sudut sejarah pula, dahulunya semua jalan raya utama di Semenanjung Malaysia bertemu di Johor Bahru. Kemudian, jalan raya itu dihubungkan ke Singapura melalui Tambak Johor apabila dibuka kepada lalu lintas pada tahun 1924. Oleh sebab itu, Johor Bahru telah dijadikan Kilometer Sifar Kebangsaan sejak ~92 tahun dahulu. Kilometer Sifar Semenanjung Malaysia dikira dari Pejabat Pos Johor Bahru.  

Kilometer Sifar Tanjung Malim

Penulisan teman kali ini adalah tentang titik pangkal bagi bandar Tanjung Malim. Monumen KM 0 Tanjung Malim adalah asas pengukuran jarak Jalan Persekutuan, Laluan 193 yang bermula daripada Pejabat Pos Tanjung Malim dan berakhir di Stesen Behrang. 

Jalan Persekutuan yang menghubungkan Behrang di utara dengan Tanjong Malim di selatan mempunyai jarak sejauh 13.2 km (8.2 batu). 


Laluan 193, Lebuhraya Behrang-Tanjung Malim (dahulunya Perak State Route 124 & State Route 121) adalah antara lebuhraya utama di Perak sekarang.



Monumen KM 0

Monumen KM 0 bermula di sini 

Monumen KM 0 adalah asas pengukuran jarak Jalan Persekutuan, Laluan 193 dari Tanjong Malim ke Stesen Behrang.

Itinenary to Gunung Irau, Cameron Highland

$
0
0
Mount Irau
(Mountain in Malaysia)

Parent range : Titiwangsa Mountains.

Mount Irau is a high mountain located at Pahang. Gunung Irau is the highest mountain of Cameron Highlands perched next to Gunung Brinchang. Its summit is 2110 meters (6922 feet), making it the 15th highest mountain in Malaysia. Mossy forest and fairyland, cold wind and misty clouds; are some of the characteristics at Irau.

2 APRIL 2016 (SABTU)
12pm-    Bertolak dari Tg. Malim
2.30pm- Tiba di Brinchang
3.00pm- Check in apartment & Lapor senarai group di Balai Polis Brinchang
5pm-11pm- Aktiviti bebas.
😴😴😴🏡🏚
3 APRIL 2016 (AHAD)
4.00am Bangun
5.00am Bergerak ke Pintu masuk Trek Gunung Irau(4WD)
7.00am Memulakan Pendakian
10.00am Sampai ke Mini Irau
11.00am Sampai ke Puncak Irau
Rehat........
1.00pm Bertolak pulang
2.00pm Tiba di Mini Irau hala balik
.500pm Tiba di Pintu masuk
6.00pm Teh Tarik dan makan 🍓🍓🍓🍓
6pm Bertolak pulang ke Tg. Malim
9pm Tiba di Tg. Malim
10pm Bersurai
Mossey Forest dalam pelukan daku.....Aku sungguh merindui mu.

25 things that make me happy

$
0
0
Tanjong Malim

Asalamualaikum semua.

Teman telah ditag oleh Sal. http://blognisalpunya.blogspot.my/2016/03/25-things-that-make-me-happy.html. Tag blogger Sal adalah 25 perkara yang mengembirakan hati kita. Hidup kita perlu gembira agar sentiasa sihat walafiat. Tidak stress dan jauhi daripada penyakit,


Anak buah, Azam di Dipang River

Apakah 25 perkara itu ? Banding beza dengan blogger Sal ok ? 

1. Tido yang berkualiti. Sekurang-kurangnya 8 jam sehari. Tido sangat penting dalam kehidupan rutin teman. Kaki tido.
2. Alam semulajadi. Contohnya : Air terjun, laut, hutan dan pemandangan yang indah dan cantik.
3. Membaca buku yang berkualiti.
4. Man talk with my dudes
5. Watching a good movies
6. Mengemas dapur. Buat teman, dapur adalah bahagian paling utama sesebuah rumah.
7. Menulis blog entry.
8. Membaca blog orang lain.
9. Suka travel.
10. Suka tanam pokok buah atau bunga.
11. Duduk rumah santai-santai
12. Menghadiri acara blog di Malaysia
13. Suka menyimpan. (tabungan)
14.Menambah ilmu bisnis dari masa ke sama.
15. Suka umat yang berbudi bahasa dan kemas.
16. Suka umat yang simpel, happy dan cool.
17.Suka kepada pelbagai jenis batu-batan.
18. Suka bergambar
19. Suka tengok sahabat sihat walafiat
20. Suka melihat kejayaan orang lain.
21. Suka menerima kelemahan orang lain.
22. Suka orang yang positif
23. Selalu memikirkan apakah sumbangan yang akan ditinggalkan dan teman akan hidup walaupun seibu tahun akan datang.
24. Menjauhkan diri daripada orang yang penuh dengan hasad dengki dan negatif
25. Menjaga makan minum dan solat.

Berakhir sudah cabaran teman. Jom senarai 5 calon blogger agar meneruskan cabaran ini :

Gurindam Jiwa bersamamu Majlis Sepetang Bersama Blogger 2016

$
0
0

Gurindam Jiwa 1966


SBB2016 : Sepetang Bersama Blogger.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Teman akan menghadiri himpunan terbesar blogger yang dianjurkan oleh Denaihati.com. Perjumpaan kali ini akan menghimpunkan kira-kira 500 blogger seluruh Malaysia. Semoga kita dapat bertemu di sana. Majlis Sepetang Bersama Blogger 2016 (SBB 2016) akan di adakan di Dewan Cambell Complex, Kuala Lumpur. Tarikh : 16hb April, 2016. Masa : 8.30 pagi hingga 5.00 petang. 

Teman telah mendaftar awal dengan bayaran hanya RM30 seorang termasuk goodies dan sehelai Tshirt. Kalau tahun lepas, Sepetang bersama Blogger 2015 (SBB2015) telah menawarkan iPhone 5s sebagai hadiah utamanya. Untuk Sepetang Bersama Blogger 2016 (SBB 2016), kita nanti apakah hadiah utama pula? 

Banyak faedah yang boleh diperolehi daripada perhimpunan ini. Antara lain membuat jaringan bersama rakan-rakan blogger dan barisan penaja yang hebat. Barisan penaja yang hebat adalah seperti berikut :

1 . Amna Home
(denaihati.com)

Kedua, kita boleh menambahkan ilmu melalui perkongsian 'mini forum'. Ketiga , kita berasa teruja apabila  mendapat hadiah yang menarik daripada cabutan bertuah yang dinanti-nantikan itu. 

Semoga kita berjumpa di sana. Terimalah Lagu Gurindam Jiwa hasil karya Almarhum Hamzah Hussien dan lagunya dicipta oleh Almarhum Pak Wandly Yazid.  

Tuai Padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Lagu tetap menjadi siulan teman sepanjang masa. Ibarat tak lapok dek hujan tak lekang dek panas. Cerita filem ini telah dilakonkan oleh Seniman Nordin Ahamd dan Seniwati Latifah Omar. 

Moh Kita ke Majlis Sepetang Bersama Blogger 2016




Hari Keluarga di Sahom Valley Siri 1

$
0
0
Kampar, Perak.

Tiap-tiap tahun keluarga sebelah isteri,Cinta akan mengadakan hari keluarga. Hari Keluarga Hajah Asiah dan Haji Hanapi. Hari keluarga 2016 telah diadakan di Sahom Valley, Resort Agro dan Eko. Sahom Valley adalah tempat pelancongan keluarga dan organisasi dengan pakej harga yang menarik. Sesuai untuk keluarga yang besar. Kami booking tempat ini untuk 8 keluarga yang besar termasuk anak beranak.

Keterangan ringkas tempat ini adalah seperti berikut :  

Loaksi  : Kg Sahom, 31900 Kampar, Perak.

Keluasan : 50 ekar

Tanaman & Ternakan : Kelapa Sawit, Dusun Durian, Lembu, Rusa, Kambing, dan pelbagai jenis haiwan exotik. Terdapat Kolam Pancing, dan Jungle Trekking. Semua adalah dalam pakej. Kami tidak ambil pakej tersebut. Masing-masing sibuk dengan anak kecil, masak memasak dan mandi dalam air kolam. Anak-anak kami suka sangat mandi manda. Setiap tahun kami akan mencari lokasi yang ada kolam renang. Anak-anak kami boleh mandi manda sepanjang hari. Air adalah aktiviti utama anak-anak kami.

Sahom Valley adalah kawasan berlatarkan kaki bukit dan gunung yang indah menawan. Di sini adalah jawapan kepada ketenangan, kedamaian dan keindahan alam semulajadi. Elemen-elemen ini penting bagi menjana potensi setiap individu bagi melahirkan naluri diri yang harmonis dan berinspirasi unggul juga membina jati diri yang amat berkesan.

Lawatlah Laman Web : sahomvalley.wix.com/agro-eco-resort. Facebook : sahom Valley-Agro & Eco Resort. Email : sahomvalley@gmail.com. Tel : 0124882480/0122122480.

 Ladang Kelapa Sawit yang luas terbentang

Berjalan-jalan di sekitar Sahom Valley

Layout Plan Sahom Valley

 Naim di Pejabat Am Sahom Valley

 Aktivit-aktiviti yang ditawarkan

Jenis-jenis penginapan yang ditawarkan.

Sahom Fishing Pond Siri 2

$
0
0
Sahom Farm Retreat (SFR)

Memori indah bersama anak-anak di Sahom Village terutamanya Dr Nassier. Nassier dijangka kembali ke Melbourne untuk bertugas di sana. Terima kasih kerana menghabiskan banyak masa bersama abah. Abah menghargai setiap detik dan waktu bersama anak-anak. Doa abah agar semua anak abah berjaya dunia akhirat.

Selain aktiviti memancing atau menangkap ikan sungai terdapat pelbagai aktiviti lain. Antara aktiviti adalah seperti mandi-manda di kolam mandi, berkelah di air terjun dan melawat Kg Orang Asli. Anda boleh juga berkayak, menunggu ATV, Pinball, berbasikal, jungle treking, memanah, team building, telematch, berkaraoke, BBQ, pelbagai pilihan indoor game, menikmati buah-buahan tempatan, berjinak dengan haiwan ternakan dan meninjau burung. 

 Jalan menuju ke Sahom Fishing Pond


 Dr Nassier bersama adiknya, Naim

 Gunung ganang dengan kehijauan kolam ikan

 Anak semakin besar, teman semakin dimamah usia


 Terima kasih Nassier kerana menghabiskan masa dengan abah. Nassier dijangka berlepas ke Melbourne untuk berkhidmat di sana

Kenangan indah bersama Dr Nassier di Sahom Fishing Pond

T-Shirt Printing Online Murah & Berkualiti : Auditra Production

$
0
0
AUDITRA Cetak & Sulam T-Shirt (0189872310)

Saya di antara blogger yang terpilih untuk menerima sehelai t-shirt Gildan LIMITED EDITION Blogger Malaysia Keluaran Auditra Printing. Untuk tujuan itu, saya dikehendaki membuat review tentang Auditra Printing.

Tugasan review pihak penaja t-shirt Blogger Malaysia, Auditra Printing diperkenalkan oleh http://halimbrothers.com/



T-shirt Gildan LIMITED EDITION Blogger Malaysia Keluaran Auditra Printing



Auditra Printing dan Embroidery. "PAKAR CETAK TSHIRT ANDA" 



Student Price, Corporate Services


Auditra Printing dan Embroidery menyediakan servis cetak & sulam tshirt yang cepat dan berkualiti dengan harga yang murah dan kompetatif.


Perkhidmatan kami meliputi ; 
► Cetak & Sulam Tshirt 
► Custom Made Tshirt 
► Baju Koperat 
► Jaket Varsiti 
► Jersi Pasukan 
► Bunting Banner 
► Flyers / Business Card 


KEISTIMEWAAN KAMI AUDITRA PRINTING :

+ Khidmat design tshirt secara PERCUMA. 
+ Berpengalaman lebih 2 tahun dalam industi tshirt printing.
+ Harga yang murah dan berpatutan.
+ Kualilti printing adalah yang terbaik dan berkualiti.
+ Minimum order yang sangat rendah serendah 2 helai.
+ SERVIS PENGHANTARAN ke seluruh Malaysia.


KELEBIHAN TEMPAH DENGAN KAMI :
  •  tidak perlu pening nak buat design.
  •  tidak perlu ke kedai sendiri. 
  •  jimat masa, tenaga dan duit anda.
  •  Barang terus sampai ke rumah.
Tempahan Jersi 1200 helai dari Sarawak. Telah siap dipos dengan poslaju. Selamat semuanya.

Jika anda ingin keterangan yang lebih lanjut tentang produk yang ditawarkan oleh Auditra Production, sila ke laman https://www.facebook.com/AuditraProduction 

Showroom Auditra adalah di :

XG-4 Blok K, Jalan Plumbum X7/X,
Pusat Komersial Seksyen 7,
40000 Shah Alam,
Selangor.

EMAIL : aarprod@gmail.com

Untuk sebarang pertanyaan Whatsapp/Call/Mesej ke : 018-9872310


Kampung Warisan Sahom

$
0
0
Sahom Valley Resort Agro & Eko

Sahom Valley mempunyai tiga perkampungan atau penginapan utama. Kampung Warisan, Kampung Buluh(terletak di tepi sungai), dan D'Tasik. 

Selain itu, terdapat Cafe "Sahom Valley Grill House", Dewan Serbaguna dan Surau Jabad Rahmah.

Kami tinggal di Kampung Warisan. Harga satu malam adalah RM1200. Perkampungan ini menyediakan sebuah chalet utama, 4 bilik chalet berkembar, sebuah Dewan Serbaguna, ruang rehat dan riadah, bilik persalinan, ruang makan, ruang masakan, kolam mandi dan padang bersukan. Kami terpaksa ambil perkampungan ini kerana anak-anak suka kolam mandi. Anak-anak buah boleh berendam di air kolam sehari suntuk. Lagipun, mak mempunyai 8 orang anak,belum kira menantu lagi. Anak-anak buah mak pun ramai. Setiap keluarga mempunyai bilangan anak lebih kurang 5 orang anak ke atas. Kami adalah sebuah keluarga yang sangat besar bilangannya.

Selain Kampung Warisan, terdapat Kampung Buluh yang terletak di tepi sungai. Kampung ini menyediakan 8 buah chalet dan sebuah dewan sebaguna.  D'tasik mengandungi 20 bilik chalet, sebuah kolam mandi dewasa dan kanak-kanak, BBQ pit dan Lounge.


 Basikal Tua hiasan di Kampung Warisan

 Balkoni di Chalet Utama

 Kolam Mandi yang menjadi kegilaan anak-anak buah

 Ruang TV

 Beranda untuk lepak.

 Mesin getah

 Anak-anak buah teman di salah satu wakaf kampung Warisan

 Chalet Utama

 Kolam untuk anak-anak kecil

 Ruang Dapur

Bukit, Kelapa Sawit dan Awan

Kampung Warisan Bilik Chalet Berkembar

$
0
0
Sahom Valley  Resort Agro & Eko

Entri kali ini bertumpu kepada 4 bilik chalet berkembar. Kami anak beranak memenuhi  salah satu bilik chalet berkembar. Teman suka bilik chalet berkembar. Cuma bilik chalet tidak ada tingkap. ada beranda dan terdedah luas. Kami suka chalet sebegini kerana konsep ala kampung ala Bali juga.


Untuk keterangan lanjut lawatlah Laman Web : sahomvalley.wix.com/agro-eco-resort. Facebook : sahom Valley-Agro & Eco Resort. Email : sahomvalley@gmail.com. Tel : 0124882480/0122122480.


2 bilik Chalet berkembar

Bendera Perak, Gunung dan Kelapa Sawit

Tempat Kediaman kami

Tandas kami. Teman suka lantai batu batan. Gabungan konsep moden dan tradisi.

Bilik kamar kami. Tidak ada pintu belakang dan tidak bertingkap. Terus beranda yang bertirai. Pintu depan ada. Tidak ada pintu belakang dan dibina di atas lereng bukit yang tinggi bagi bahagian belakang. Bahagian depan di atas tanah pamah.

Ada pokok hiasan di dalam bilik air dan berpintu.

Pemandangan di bahagian depan dibina di atas tanah pamah. Bahagian belakang dibina di lereng bukit.
Di depan 4 Chalet berkembar, terdapat sebuah padang bola.

18 sebab anda harus ke Majlis Sepetang Bersama Blogger

$
0
0
Anjuran #DenaihatiNetwork, #SBB2016, #MDeCSBB2106

Upin & Ipin Kembar Siiras

16hb April 2016 telah menjadi satu kenangan yang indah. Sesungguhnya, tarikh keramat itu  telah mencipta sejarah dalam dunia blogging Malaysia. Bagaikan kata, meraikan dan diraikan. Ibarat kongsi dan perkongsian. Hatta,memberi dan menerima. Majlis tahunan kali ke-5 kali ini bermula dari edisi #SBB2012 sehinggalah pada tahun ini di #SBB2016.

Acara ini telah berlangsung di Grand Campbell Hotel, Kuala Lumpur. Jam: 8.30 pagi sehingga 5.00 petang.

Majlis ini telah menghimpunkan ratusan penulis blog, aktivis media sosial dan usahawan online (Usahawan digital ekonomi) yang telah berhimpun pada acara tahunan sepetang bersama blogger tahun 2016. Syukur alhamdulillah majlis #MDeCSBB 2016 telah selesai dengan hujan renyai-renyai semasa kami masing-masing dalam perjalanan pulang ke rumah. Hujan yang dirahmati Allah SWT, in Shaa Allah. Sambutan yang sangat luar biasa. Sesungguhnya, segala puji-pujian kepada Allah S.W.T. Kelemahan adalah dari pihak kami, insan yang kerdil.

Wajah-wajah yang riang ria dari pihak para blogger, aktivis media sosial dan usahawan online.

18 sebab anda harus ke Majlis Sepetang Bersama Blogger

1. Majlis Ilmu yang bermanfaat.
Ilmu di pasaran kini semakin mahal dan telah menjadi barang dagangan. Hanya dengan melabur RM30 seorang, anda boleh mendapat pulangan yang sangat lumayan. Banyak tip berguna dikongsikan dan boleh diaplikasi dalam  dunia bisnes dan blogging untuk menjana pendapatan.

2. Jaringan persahabatan 
Networking yang berguna. Majlis ini merupakan antara perjumpaan yang paling besar buat bloggers Malaysia. Program ini merupakan platform untuk membina networking marketing jangka masa panjang. Lebih-lebih lagi, 'ekonomi digital' yang sedang berkembang pesat pada hari ini. Dijangka menjadi havoc pada masa depan, sesuai dengan konsep "Futuristic economy" pada masa depan. Ramai blogger, aktivis media sosial dan usahawan online yang membina network daripada #SBB kini semakin berjaya dalam bidang mereka.

3. Cabutan bertuah
Bukan senang hendak mengadakan hadiah cabutan bertuah lumayan untuk blogger sebagai penghargaan. Majlis ini menyediakan 60 cabutan bertuah. Di antara hadiah menarik adalah dari bos Rick Gan dan Asia Herbal Biotech (HQ) yang menaja 20 hamper produk Cordyceps. LED TV 32 inci atau Smartphone, iPad, jam Tawaf Denaihati dan juga pakej Umrah 15 hari 14 malam oleh Simply Umrah adalah antara hadiah besar yang telah disediakan.

4. Para Panel yang terkenal
Di antara yang terhebat adalah Hasrulhassan - sifu blogger, @aqifazizan - master dalam copy writing iklan, @abangensem - figure yang sangat berpengalaman dalam dunia hartanah, Tn. Hj @adpadiputra yang berkongsi bagaimana media sosial membantu kerjaya beliau sebagai seolah artis berjaya. Seorang lagi ikon yang hadir pada #SBB2016 tahun ini adalah Cikgu Tuan Ali Hanafiah Daud - guru Facebook ads. Tuan Ismail Che Ani yang membina empayar perniagaan dan menjana jutaan ringgit menggunakan media sosial dan platform online juga turut hadir memeriahkan majlis #SBB2016 tahun ini.

5. Lokasi yang strategi
Hotel Campbell terletak di sebelah ibu pejabat Polis Dang Wangi, belakang Semua House dan berhampiran Sogo. Kalau yang datang dengan kenderaan sendiri, terus parking di aras 4 parking lot hotel dengan kadar flat rate. Kalau menggunakan kenderaan awam, Bas Go KL (percuma) di hentian Medan Mara. Putra LRT di stesen Dang Wangi dan STAR LRT di Stesen Bandaraya (SOGO). Surau di aras 1 dan tandas berdekatan di tingkat 4. Semuanya sangat strategik dan mudah dicapai.

6. Pengacara Majlis yang santai.
Mr MC kacak Hilal Azmi yang telah mengendalikan #MDECSBB2016 dengan sangat bergaya sehingga berlangsung dengan lancar dari awal sehingga tamat.

7. Makanan yang sedap.
Sajian makanan tengah hari yang sedap. Diakhiri dengan minuman petang mengisi perut yang berkeroncong. Di atas meja ada Codi Coffee, sejenis kopi berkualiti dan juga terdapat madu nanas. Sedap sungguh madu nanas yang ditaja Jus Bob Nanas!   

8. Goodies yang menarik 
  • Antara yang sweet adalah mug daripada @ephyra2u limited edition. 
  • T-shirt#SBB2016 yang simpel dan menarik. 
  • Buku "Mudahnya Berniaga" bernilai RM45.90 dan juga CD Motivasi bernilai RM1XX, pemberian Dr. Azizan Osman. 
  • #doorgift iaitu Kad terkandung 99 Nama Allah dan maksud di  sebalik Nama Allah dari www.akdkahwinku.com. Kecil tapi cukup bermakna. 
  • Sohaini Cookies yang sedap dan lazat rasanya. Semoga cookies bumiputra terus dikenali ramai. 
  • Buku nota #SBB2016 dari blogger untuk blogger.

9. Sahabat blogger yang happening.
Anda semua memang awesome! Antaranya adalah:
  • Akma Omar, peramah habis dan sukses dalam berblogging dan bisnes,
  • Bro Khir Khalid yang jumpa buat kali kedua. Hubungan teman dan Bro Khir semakin rapat dan semoga hingga ke Jannah. 
  • Sis Nur Misnan yang datang jauh dari Brunei yang sangat mesra dan baik hati. 
  • Begitu juga dengan Sis Hanny Abdullah yang cantik rupawan dan mesra. 
  • Bro Nazlan Nasir yang banyak kongsi informasi dan mesra alam. 
Tidak lupa, Uncle Zuan,  Bro Denaihati, Bro Azuan Rafael, Bro Kamil Salleh, Mamat Zeo Unic, Bro Hisyamuddin, Bro Halim Nadzeri, Bro framestone, Bro Eshamzhalim, Bro Boni kacak, Bro HH, Sis Fatin Bella, Bro Reez,Breo Feroz Othman,Encik ST, Bro Mawardiyunus, Bro Nizamijam, Bro Hisyam Den, Bro Adza Danial, Bro Azrizam, Sis Sumijelly, Bro Nor Ariffin Hamzah, Bro Handsome, Sis Ainie Zubir, Sis Ruggedmom,dan Marsitahieta. 

Banyak lagi blogger yang teman tidak sebut di sini. Teman minta maaf. Semoga kita ketemu lagi di masa hadapan. You all are the best.In a nutshell, sangat seronok dapat berkumpul dan berkongsi rahsia berblogging sesama bloggers. 

Meja 4: Para Sahabat blogger.

10. Para penaja yang hebat.
Di antara penaja-penaja adalah seperti berikut :
  • Multimedia Development Cooperation (MDeC): Malaysia Digital Economy Corporation, penaja utama #SBB2016;
  • Richworks Academy (Dr Azizan Osman);
  • Mem Besar Oceanlife2u (Ephyra) Amiza Amiruddin wanita yang sukses dalam kerjaya dan bisnes. 
  • Amna Home. 
  • Yeo's Malaysia. 
  • Zeeta: Magis aura mawar. 
  • ZT ZeeTa. 
  • Upin & Ipin. 
  • Asia Herbal BioTech (HQ).
  • eQurban.
  • Sohaini Cookies. 
  • Abang Ensem. 
  • Jus Bob Nanas. 
  • CVS Production. 
  • Kotak Lensa
  • Adi Putra.
  • Jemaah Bisnis Denaihati.

11. Selebriti yang terkenal.
Haji Adi Putra merupakan seorang artis yang berjaya. Dua ikon yang mesra, Norman Hakim dan Memey Suhaiza duta ephyraaummm belaka, turut sama hadir. Upin & Ipin yang menciut hati para penonton, ikon kanak-kanak yang terkenal sampai ke Indonesia dan Filipina.  

12. Kad Biz pelbagai rupa. 
Banyak juga bisnes kad yang berjaya dirembat. Di antara kegunaan adalah untuk blogwalking sebagai blogger dan juga untuk networking.

13. AJK dan sukarelawan yang senyum sepanjang masa.
Orang Kuat #DenaihatiNetwork, Pengarah Projek Hisyamudin Fadzil dengan backbone team Denaihati. Teamwork yang padu dan hebat. Juga sukarelawan yang permudahkan segala urusan dalam majlis ini.   

14. Booth Jualan
Oceanlife2u bagi diskaun 50% produk khas untuk para hadirin #SSB2016. Booth Magis Aura Mawar Wangian Harum Semerbak. Anda perlu sediakan wang yang secukupnya.

15. Inspiring person Tuan Haji Amir Founder @denaihatinetwork.
Tuan Haji Amir telah memberi manafaat kepada ramai bloggers dan usahawan online. Semoga usaha beliau akan melahirkan bloggers dan usahawan digital yg sukses pada masa akan datang. Denaihati Network hanya menjadi perantaraan; dengan izin ALLAH juga semua berlaku. Denaihati Network hanya memberi platform untuk anda berjaya.

Teman bersama Inspiring person Tuan Haji Amir Founder @denaihatinetwork.

16. Mendapat liputan di berita Astro Awani.
Terima kasih Astro Awani kerana menyebarkan event "mesti pergi" setiap tahun. Nama Sepetang Bersama Blogger. Tapi sebenarnya lebih daripada itu. Begitu juga selepas event mendapat liputan yang luas dalam berita Astro Awani. 

17. Pertandingan 
Di antara peraduan adalah menangi adalah percutian ke luar negara bersama AmnaHomefullboard ke Paris atau Amsterdam. Juga Zeeta Magis AuraMawar Wangian Harum Semerbak untuk selfie gambar di Istagram.

18. Peka dengan dunia perubahan.
Dunia bisnes sudah berubah terutama dengan kehadiran FB, Instagram, Youtube, Twitter, blog dan pelbagai media sosial  Ini dikatakan antara media yang paling kreatif dan inovatif pada abad ke-21 ini. Sekiranya anda ingin memanjangkan kitaran hayat perniagaan, anda perlu menggunakan pelbagai media sosial. Jangan menjadi seperti Nokia dan Kodak yang telah tenggelam dalam arus dunia perniagaan. Sama-samalah kita belajar bagaimana menggunakan teknik pemasaran media sosial.

Di sini teman ingin mengambil kesempatan untuk meminta maaf di atas salah silap, terlepas pandang dan terkasar bahasa sepanjang majlis berlangsung. Sesungguhnya pertemuan kita, walaupun singkat, sangat besar maknanya. Kepada yang sudi menegur, terima kasih daun keladi. Bagi yang tidak sempat teman tegur dan selfie, in Shaa Allah tahun depan kita jumpa lagi. Kita tidak bertemu untuk berpisah, kita berpisah untuk bertemu kembali. Jauh ke dekat, antara kita, yang penting kita perlu bersatu. Semoga ukhwah silaturrahim sentiasa padu dan diberkati. Amin. 

Terima kasih daun keladi buat #DenaihatiNetwork kerana masih lagi sudi menganjurkan event blogger tahun ini. Semoga ada lagi pada tahun 2017. Ini adalah antara kenangan dalam hidup yang tidak dapat teman lupakan sampai ke akhir hayat. Satu Memori bukan sekadar untuk diingat tetapi menjadi inspirasi untuk kejayaan masa depan. Semoga kita berjaya bukan sahaja di dunia tetapi di akhirat, in Shaa Allah.


Kredit : Denaihati.com dan facebook teman-teman blogger.

Sekadar untuk renungan bersama :


"Tanam padi rumput ikut tumbuh, Tanam rumput padi tak ikut sama.."
Ketika kita menanam padi, rumput ikut tumbuh. Tapi saat kita menanam rumput,tidak pernah tumbuh padi.
Dalam melakukan kebaikan terkadang hal yang buruk turut menyertai. Namun saat melakukan keburukan, tidak ada kebaikan bersamanya.
Jangan pernah bosan untuk berbuat baik meskipun tidak sempurna di mata manusia, asalkan dilakukan dengan ikhlas keranaNYA, sungguh itu akan terlihat lebih sempurna pada pandangan Allah.

"(Limpah kurnia yang demikian, diberikan kepada orang-orang yang bertaqwa) kerana Allah hendak menghapuskan dari mereka (kalaulah ada) seburuk-buruk amal perbuatan yang mereka telah lakukan, serta membalas mereka, akan pahala mereka, dengan balasan yang lebih baik dari apa yang mereka telah kerjakan.


Dipang River Sahom Valley

$
0
0
Dipang River

Suatu tempat yang menarik di Sahom Valley Resort Agro dan Eko adalah Sungai Dipang. Kami mandi manda di sungai selain bersuka ria di kolam renang. Airnya sejuk dingin berlatar belakang gunung di sebaliknya. Ada juga beberapa wafak untuk mereka berkelah di sini. 


In a nut shell, teman boleh katakan tempat pelancongan yang baik untuk hari keluarga. Sebuah kawasan yang tenang, damai dan penuh dengan keindahan alam semula jadi. Jauh dari hiruk pikuk bandaraya. 

Kunjungilah face book mereka di Sahom Valley -Agro & Eco Resort. Ini adalah catatan teman yang terakhir tentang Sahom Valley. A place you should visit in Malaysia.

   

 Surau Jabad Rahmah

 Wakaf di Dipang River

 Dataran Dipang River

  Dipang River di Musim Kemarau El-Nino2016

 Azzam dan Uda Johor

 Halim Rock, Hanif, Uda dan Azzam

 Halim Rock tengah berhindustan dengan Asifi

Gambar kenangan Mak  di Dataran Sungai Dipang

Segmen Bloglist Azhafizah.com Mei & Jun 2016

$
0
0
Bulan April bakal berakhir, bloglist untuk March & April akan di gantikan dengan bloglist baru untuk bulan Mei & Jun. Berminat untuk masuk bloglist blog sihatimerahjambu ni, boleh sertai segmen ini. Segmen simple je. Cuma perlu buat entry dan copy & paste je. Pemilihan 10 blog melalui random.org.

Klik banner untuk sertai  Segmen Bloglist Azhafizah.com Mei & Jun 2016
http://www.azhafizah.com/

TAMAT : 28 APRIL 2016

Langkah Penyertaan Segmen
1. Buat entry bertajuk : Segmen Bloglist Azhafizah.com Mei & Jun 2016
2. Copy & paste coding dalam kotak bawah ni di ruangan HTML entry
3. Publish dan tinggalkan link entry dalam kotak komen di entry asal Segmen Bloglist Azhafizah.com Mei & Jun 2016 

  Terima kasih atas sokongan semua ^__^

Pantai Cahaya Negeri & Pulau Burung di Senja Kala

$
0
0
Port Dickson

Perjalanan kali ini adalah melawat Pantai Cahaya Negeri dan Pulau Burung di Port Dickson, Negeri Sembilan. Pantai Cahaya Negeri terletak di Batu 4, Jalan Pantai. Pantai Cahaya Negeri dan Pulau Burung terletak berdekatan antara satu sama lain. Mula-mula anda akan berjumpa dengan Pantai Cahaya Negeri terlebih dahulu sebelum meneruskan perjalanan ke Pulau Burung. 

Pantai Cahaya Negeri telah ditutup kepada orang ramai bagi sebarang aktiviti riadah pantai sejak 4 September 2014 hingga 3 September 2015. Lawatan teman kali ini adalah pada bulan Februari 2016. Setakat terdapat beberapa bahagian yang belum siap sepenuhnya. Kami tidak dapat ke Pulau Burung yang belum dibuka kepada orang ramai .

Walau bagaimanapun, Kerja-kerja peningkatan kemudahan pelancongan telah pun dijalankan. Keadaan persekitarannya lebih cantik dan sedap mata memandang. Projek peningkatan kemudahan pelancongan ini telah membabitkan peruntukan sebanyak RM2.7 juta daripada Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan. 

Kemudahan-kemudahan pelancongan yang telah dibaikpulih adalah tempat letak kereta, menara tinjau, menaik taraf pencahayaan, laluan pejalan kaki sepanjang 100 meter di Pulau Burung, Kedai cenderahati, pentas terbuka, tandas awam, surau dan wakaf. Kami tidak dapat akses ke Pulau Burung. Menara tinjau setinggi 15 meter yang nampak gah dari jauh belum dibuka kepada orang ramai. Menara Tinjau itu boleh menampung sekitar 20 hingga 30 orang dalam satu-satu masa adalah tarikan utama di sini. Menara Tinjau membolehkan kita melihat panorama persekitaran pantai yang begitu indah.   

Tempat Letak Kereta yang telah dinaik taraf 


 Pantai Cahaya Negeri akan menjadi satu ikon pelancongan menarik kepada Port Dickson bersesuaian dengan pengiktirafan Port Dickson sebagai Pantai Peranginan Negara.

 Begitu indahnya pemandangan di senja kala.

 Anda juga boleh memancing di sini walaupun malam kian merangkak tiba.

 Pemandangan dari Pantai Cahaya Negeri ke arah daratan.

 Teman bersama-sama dengan anak, Dr Nassier yang baru bergraduat dari Universiti Monash, Aussie.

 Pemandangan di kejauhan, Menara Tinjau yang masih belum dibuka kepada orang ramai, Februari 2016
  
Bersama-sama dengan Cinta.

Hotel & Homestay di sekitar Kangar, Perlis

$
0
0
Hotel & Homestay di sekitar Kangar, Perlis

Masjid Alwi, Kangar

En. Hairi Anuar Hashim (fb) telah memberi kebenaran untuk teman menerbitkan senarai Hotel dan Homestay di sekitar Kangar, Perlis.

Kata En Hairi. "Silakan.. semoga bermanfaat.. buat org yg mengusahakan pencarian hotel dan homestay ini.. saya hanya menyampaikan sahaja."


Berikut disertakan sedikit senarai Hotel dan Homestay disekitar Kangar (Radius lebih kurang 10km ke bawah). Ke masjid Alwi, Kangar Perlis.
Di Perlis akan dilansungkan beberapa aktiviti pada masa terdekat nie antara nya :
1. Harum Manis Trail (1 Mei)
2. Daytrip ke Pintu Wang Gunung (2 Mei)
3. Perkampungan Sunnah (6-8 Mei)
4. Karnival Voktek Zon Kd/Ps (26-29 Mei)
5. Larian Marathon (29 Mei)


HOTEL DAN MOTEL
1. Hotel Federal
Tel: 04-9766288 / 04-9765288
80 meter dari Masjid Alwi Kangar

2. Hotel Sri Garden 
Tel: 04-9773188 / 04-9774188
Email: hotelsrigarden@yahoo.com
120 meter dari Masjid Alwi Kangar

3. Hotel Ban Cheong (budget motel bhdpn KFC baru ; The Store Kangar)
Tel: 04-9761184 250m dari Masjid Alwi Kangar

4. Kangar Hotel (bsebelahan KFC baru ; The Store Kangar)
Tel: 04-9767225
250m dari Masjid Alwi Kangar

5. HS Hotel (belakang Shala Pizza ; The Store Kangar)
Tel: 04-9776388
260m dari Masjid Alwi Kangar

6. Mega Star Inn (bdekatan pusat servis Honda, lampu isyarat simpang stadium jalan derma)
Tel: 012-4532299 / 04-9768058
800m dari Masjid Alwi Kangar

7. History Hotel (bdekatan Pasaraya Ten Ten ; Stesen Bus Express) Tel: 04-9761366
1.1KM dr Masjid Alwi Kangar

8. P Hotel (bdekatan Restoran Hj.Sharin Low ; Domino Pizza)
Tel: 04-9768064 1.5KM dari Masjid Alwi Kangar

9. Sri Sena Hotel (hotel baru)
Tel: 013-3868158 (En.Khairil,pemilik)
1.6KM dari Masjid Alwi Kangar

10. Danty Motel (bersebelahan Yayasan Pok dan Kassin, YPK Perlis) Tel: 04-9791100
1.7KM dari Masjid Alwi Kangar

11. Fyna Motel (berdekatan ‘automatic carwash’ Repoh)
Tel: 04-9766175 ( 6o26’44.8”N 100o12’17.9”E) 2.8KM dari Masjid Alwi Kangar

12. Ventura Hotel (berdekatan Petron Jejawi) Tel: 04-9766277 / 0111-0866807
Email: venturahotel@gmail.com
Fb: venturahotel 3.2KM dr Masjid Alwi

13. Hotel Soo Guan Villa
Tel: 04-9772231 / 04-9772250
Email: hotelsooguanvilla@yahoo.com.my
3.7KM dr Masjid Alwi Kangar

14. Ayu Villa Hotel (berdekatan Restoran Sawaddi ; Pej. Jualan Proton Seriab, Kangar)
Tel: 04-9762434 H/P: 019-4540373
Email: ayuvillahotel@yahoo.com
5.2KM dr Masjid Alwi Kangar

15. Ummul Badrudin Motel (bersebelahan Masjid Negeri Arau ; stesen keretapi Arau)
Tel: 04-9863321 / 012-4446321
9.4KM dr Masjid Alwi Kangar

16. Metro Inn (sblh 7Eleven Arau ; Cmart) Tel: 04-9866555 / 04-9861001 Whatsapp: 016-9866553 Email: metroinnsdnbhd@hotmail.com
9.6KM dari Masjid Alwi Kangar

17. MLC Motel (bhampiran K. Matrikulasi Arau)
Tel: 012-5468927 9.7KM dari Masjid Alwi Kangar

18. Brilliant Inn (bhadapan balai bomba Arau, sebelah kuil Hindu)
Tel: 04-9861888 11KM dari Masjid Alwi Kangar


HOMESTAY
1. Homestay Jannah (bdekatan medan selera Kangar ; perumahan belakang Masjid Alwi )
Tel: 019-6230024
300meter dari Masjid Alwi Kangar

2. Thadza Homestay (bdekatan simpang stadium, jalan derma)
Tel: 017-4966696 / 017-5888134 / 04-9766131
900meter dari Masjid Alwi Kangar

3. HZ Homestay (kaw. Kangar)
Tel: 019-4548974 (En.Halim) / 0125214616 (Pn.Azizah) 
1KM dari Masjid Alwi Kangar

4. Derma Homestay (berhadapan SMK Derma, lampu isyarat hospital) Tel: 019-5538181 / 019-5691574
Fb: derma homestay kangar
1KM dari Masjid Alwi Kangar

5. Suri Sinar Homestay (berdekatan IPK Polis Perlis)
Tel: 012-3987946 / 012-4758794
1.1KM dari Masjid Alwi Kangar

6. Homestay Simpang 3 (berdekatan SMK Syed Hassan,Kangar)
Tel: 019-4705115 (Cikgu Yusof) / 012-4293944 (Kak Jah)
1.2KM dari Masjid Alwi Kangar

7. Tmn Firdaus Homestay (bdekatan Wisma TnB Perlis)
Tel: 019-5696955 (En.Tajuddin)
1.3KM dari Masjid Alwi Kangar

8. Azizah Homestay (bdekatan ‘roundabout’ kangar)
Tel: 019-4723310 / 019-4733310
1.3KM dr Masjid Alwi Kangar

9. Rumah Tetamu Cikgu Z (bdekatan SMK Syed Hassan,Kangar)
Tel: 012-5744513
1.5KM dari Masjid Alwi Kangar

10. Putra Putri Lodge (berdekatan simpang 3 Santan ; berdekatan Petron Roundabout Kangar)
Tel: 04-9782535 / 019-4280604
Email: putraputrilodge@yahoo.com
Fb: putraputrilodge
1.7KM dari Masjid Alwi Kangar

11. Huwaidi Homestay (bdekatan Petron Roundabout)
Tel: 013-4848480 (mashita) / 013-4800480 (nordin)
1.8KM dari Masjid Alwi

12. Homestay (Bhadapan Masjid Putra)
Tel: 019-4573887
1.9KM dari Masjid Alwi Kangar

13. Nisa Homestay (bhampiran pintu belakang Stadium Kangar)
Tel: 019-4549125 / 013-5224004
2KM dari Masjid Alwi Kangar

14. Homestay Kangar (kaw. Kangar)
Tel: 012-5729189 - En.Rijal
2KM dari Masjid Alwi Kangar

15. Bahagia Homestay (kaw. Kangar)
Tel: 019-5603402 /019-2646172
2.1KM dari Masjid Alwi Kangar

16. Inapan Desa Homestay (bdekatan Masjid Putra, Kangar)
Tel: 012-3668845 (Lynn) / 0174406400 (Aida)
2.1KM dari Masjid Alwi

17. Homestay Behor Temak (berdekatan Petronas Behor Temak)
Tel: 011-24013525 (Pn.Fatin)
2.5KM dari Masjid Alwi Kangar

18. RJ Taman Utama Homestay (berdekatan Stadium Utama Kangar)
Tel: 019-5584371 / 019-5785028 / 04-9782054
2.6KM dari Masjid Alwi Kangar

19. ST Homestay (berhadapan Stadium Utama Kangar)
Tel: 019-4775011 / 019-4415134
koordinat: 6o27’43” & 100o11’44E
2.6KM dari Masjid Alwi Kangar

20. Cemara Lodge Homestay (berhadapan Stadium Utama Kangar, Sebelah Taman Kastam)
019-2304066 (Hj.Husin) / 012-5644735 (Hjh.Azmiyah)
Fb: Cemara Lodge (Homestay)
Ig: cemaralodge
2.8KM dari Masjid Alwi

21. Nia Homestay (hadapan Taman Kemajuan ; berhampiran Pasaraya Giant)
Tel: 019-5970095 (Pn.Sharifah)
2.8KM dari Masjid Alwi Kangar

22. Desa Pulai Homestay (berdekatan Anjung Keli ; Pusat Pengajian Al-Ansor)
Tel: 012-4252011 / 019-4742035
Email: Shamzulhisham08@gmail.com
2.9KM dari Masjid Alwi Kangar

23. Homestay Inai Utara (berdekatan Anjung Keli)
Tel: 012-5900271 / 019-5215250 (Cikgu Saiful)
2.9KM dari Masjid Alwi Kangar)

24. Selesa Homestay (berdekatan Pusat Pengajian Al-Ansor)
Tel: 019-4765039 / 019-4549657
2.9KM dari Masjid Alwi Kangar

25. Villa Orkid Homestay (berdekatan Taman Kemajuan Kangar)
Tel: 0124796075 / Email: villaorkid@gmail.com
3KM dari Masjid Alwi Kangar

26. Homestay Pakya / Na (Taman Kemajuan)
Tel: 012-4042959 / 017-4334959
3KM dari Masjid Alwi Kangar

27. Elegant Homestay (Taman Kemajuan)
Tel: 019-4029962 (ms.moon) / 012-4152735 (ms.chen)
3KM dari Masjid Alwi Kangar

28. Damai Homestay (Taman Kemajuan)
Tel: 019-4312079 / 016-4559575
3KM dari Masjid Alwi Kangar

29. Ar-Rayyan Homestay (Taman Kemajuan)
Tel: 019-4090084 (shakira)
Email: shakira_5376@yahoo.com
3KM dari Masjid Alwi Kangar

30. TJ Homestay (Taman Jali berdekatan Taman Kemajuan ; Pasaraya Giant)
Tel: 019-4775166 / 012-4102816
3KM dari Masjid Alwi Kangar

31. Kasturie Homestay (Taman Jali berdekatan Taman Kemajuan ; Pasaraya Giant)
Tel: 013-4399885
3KM dari Masjid Alwi Kangar

32. Adam's Homestay (jalan Sekolah Derma ; berdekatan Sek.Men.Keb.Syed Hassan)
Tel: 0124792484 / Tel: 0125353897
Email: ayuwazira@yahoo.com
3KM dari Masjid Alwi Kangar

33. Saloma Villa Homestay Roomstay (berdekatan Petron Jejawi)
Tel: 04-9782230 / 017-4710822
3.2KM dari Masjid Alwi Kangar

34. Rumah Rehat Taman Muhibbah (berdekatan JPJ Perlis ; UniMAP Jejawi)
Tel: 019-4942325
3.5KM dari Masjid Alwi Kangar

35. Budget Homestay, Kangar (kawasan Kangar)
Tel: 019-4548974 / 012-5214616
3.6KM dari Masjid Alwi Kangar

36. Homestay Muhibbah (konsep kampung moden ; berdekatan Kolej Kejururawatan Perlis)
Tel: 019-4042400
3.8KM dari Masjid Alwi Kangar

37. PJ Homestay (berdekatan simpang 3 JPJ Perlis, jalan Arau-Kangar)
Tel: 019-4341320 (Mamu)
4KM dari Masjid Alwi Kangar

38. Husna Homestay (berdekatan masjid Muhammadi Jejawi Luar)
Tel: 012-5099180
4.4KM dari Masjid Alwi Kangar

39. Homestay Tembusu (berdekatan Masjid Muhammadi Jejawi Luar)
Tel: 012-4820032
4.4KM dari Masjid Alwi Kangar

40. Seri Lanchang Homestay (berdekatan Pusat Pengajian Al-Islah,Perlis)
Tel: 012-4312997 / 013-4312997
4.6KM dari Masjid Alwi Kangar

41. MZY Homestay (berdekatan Masjid Putra, Kangar)
Tel: 011-20989575
4.7KM dari Masjid Alwi Kangar

42. Homestay Idaman (kawasan Kangar)
Tel: 017-5562277
5KM dari Masjid Alwi Kangar

43. D'Manis Homestay (berdekatan Komplek KDN ; JPAM)
Tel: 012-4616307 / 04-9765141
5KM dari Masjid Alwi Kangar

44. De Putera Homestay (berdekatan SMK Putra ; Mes Pegawai PDRM)
Tel: 017-4508990 / 016-4843880 
Email : azmi990@gmail.com
5.3KM dari Masjid Alwi Kangar

45. Banglo Klasik Homestay (berhampiran Bandar Kangar)
Tel: 04-9763734
5.6KM dari Masjid Alwi Kangar

46. Homestay Tmn Muda Sepakat Syed Alwi (kawasan Kangar)
Tel: 019-3735801 (Norzie)
6KM dari Masjid Alwi Kangar

47. Santan homestay (berdekatan Masjid Santan)
Tel: 017-5019151/ 04-9773390
Email: amirulhomestay@yahoo.com
6KM dari Masjid Alwi Kangar

48. KTH Homestay & Cottage (suasana kampung, berdekatan Masjid Al-Syakirin Mata Air)
Tel: 019-4477475 
Email: sitihajar74@gmail.com
7KM dari Masjid Alwi Kangar

49. RBH Homestay (berdekatan ‘Flyover’ batas liku, Arau)
012-5685523 / 019-4545523 
7KM dari Masjid Alwi Kangar

50. YM Homestay (bhadapan Bangchik Ayam Kunyit,berdekatan Masjid Muhammadiah Guar Gajah)
Tel: 012-4475974 (Yusup) / 017-4252546 (Kak Shun) / 04-9862939
8KM dari Masjid Alwi Kangar

51. Dhani Guest House (bdekatan Pintu Utama UiTM Perlis, Masjid Muhammadiah Guar Gajah)
Tel: 019-5244558 / 019-5244551 / 019-4618631
8.3KM dari Masjid Alwi Kangar

52. Hstay Rania Arau (bdekatan Masjid Muhammadiah Guar Gajah)
Tel: 012-5576280 / 019-4444971
8.4KM dari Masjid Alwi Kangar

53. Shahirah Homestay (berdekatan Klinik Kesihatan Gial, RPA Mata Ayer 2)
Tel: 012-4252432 / 012-4275864
8.6KM dari Masjid Alwi Kangar

54. LN Homestay (berdekatan Perpustakaan Arau)
Tel: 019-4589288 / 019-4409288

55. Homestay Seri Ajwa
Lrg Kilang Ais, kg Baru, Jln Kaki Bukit, (Bdekatan Jalal Nasi Kandar & Stadium Sy Putra), blk bhawa dingin + WiFi, akmal : 0111-4717254 / 017-4801660

56. Homestay Cg Mohd Sabri Jusoh KM7, jln kaki bukit, 012-4742963, 7 km dr masjid alwi, kgr.
57. Homestay Seri Ajwa
Lorong Kilang Ais,
Kampung Baru, Jalan Kaki Bukit,

Kangar (Berdekatan Jalal Nasi Kandar & Stadium Syed Putra).
Bilik berhawa dingin dan percuma WIFI.
Contact: Mohd Akmal
Telefon: +601114717254/+60174801660


Semoga bermanfaat kepada sesiapa yang ingin mengunjungi Kangar, Perlis.

Canopy Walkway,Air Terjun FRIM & Ephyra

$
0
0
Welcome to Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Kepong. 

Siapa sangka di tengah-tengah kota metropolitan, ada sebuah kawasan hutan yang telah dipulihara dan dipelihara serta telah membangun sebagai pusat rujukan terkemuka dalam penyelidikan perhutanan.

Kawasan sekitar FRIM telah dibahagikan mengikut zon : A-H dan antara zon-zon yang menjadi tarikan pengunjung ialah :
  • Zon B : Paya burung (wetland)
  • Zon C : Taman Etno-botani
  • Zon D : Denai Keruing & Denai Salleh
  • Zon G : Titian Kanopi/ kawasan perkelahan (air terjun) / rumah tradisional (Rumah Terengganu)
  • Zon H : Abboretum Dipterokap

Tujuan utama kami sekeluarga ke FRIM kali ini adalah untuk trekking hutan FRIM dan naik Titian Kanopi. Kedua, adalah untuk selfish menggunakan mug Ephyra yang diperolehi dari Majlis Sepetang Bersama Blogger 2016. #SBB 2016 telah berlangsung pada 16hb April 2016 dan telah menjadi satu kenangan yang indah dalam dunia blogging Malaysia. Bagaikan kata, meraikan dan diraikan. Ibarat kongsi dan perkongsian. Hatta, memberi dan menerima. Majlis tahunan kali ke-5 kali ini bermula dari edisi #SBB2012 sehinggalah pada tahun ini di #SBB2016. Acara ini telah berlangsung di Grand Campbell Hotel, Kuala Lumpur. Jam: 8.30 pagi sehingga 5.00 petang.

Malang sekali, titan Kanopi itu telah ditutup untuk orang ramai sejak bulan September 2015 sehingga kini. Pembaikan sedang berjalan. Saya tidak membuat homework yang secukupnya dan tidak mengetahui titian kanopi masih belum dibuka lagi untuk orang ramai. Sampai ke pintu gate, baru disedari bahawa titian ini masih ditutup. Apa sekalipun banyak lagi tarikan di kawasan ini seperti di Zon B, C,D, G dan H. 


Info Bayaran : 


1. Bayaran masuk ke FRIM ialah RM5.00/kereta - caj dikenakan ikut kereta dan bilangan ahli dalam kereta. Contohnya kami berempat naik sebuah kereta dikenakan caj masuk sebanyak RM8.00/entry tolak RM1 kerana ada seorang OKU. OKU adalah percuma. Jumlah Tax (GST@6%) RM0.42. Jumlah perlu dibayar : RM7.40
2.  Jangan lupa bawa minuman dan makanan.

Keputusan kami adalah ke Zon G : Titian Kanopi/kawasan perkelahan (air terjun) walaupun Titian Kanopi ditutup. Blog ini ditulis pada 4hb April 2016 Titian Kanopi masih belum dibuka lagi. Anda boleh menghubungi pihak FRIM sekiranya ingin ke Titian Kanopi di Tel : 603-62797000 atau email : feedback@frim.gov.my. Alamat  : Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia, 52109 Kepong, Selangor Darul Ehsan. Renjer hutan dan saintis telah memulih semula kawasan ini sejak tahun 1926. Dahulu kawasan ini adalah kawasan lombong tinggal, kebun sayur dan belukar semata-mata.



Moh ikut kami ke Air Terjun FRIM. Ibarat kata, "Bagi mereka yang bersedih, lihatlah keindahan alam. Bagi mereka yang merasa sempit, lihatlah luasnya semesta. Dan bagi orang-orang kecil, lihatlah besarnya alam semesta ini."


  Jambatan rusty di penghujung jalan Air terjun FRIM

 Dr. Nassier anak no 2 kami di Jambatan Rusty

Naim, anak OKU kami. Anak Syurga. 

 Batu hamparan untuk berpinik

 Air Terjun yang semakin kering akibat Elnino

 Aku dan Ephyra

Pepatung dan Ephyra

Permit Mendaki Gunung

$
0
0


Gunung Irau, Cameron Highland

Kita perlu memohon permit yang diperlukan apabila mendaki sesebuah  gunung di sesebuah negeri. Senang sahaja untuk memohon permit seperti mana diperlukan. Ikut sahaja prosedur yang dikehendaki oleh sesebuah Jabatan Perhutanan Negeri.  

Di sini teman tunjukkan contoh borang permohonan permit memasuki hutan simpanan kekal (mendaki gunung). Teman sendiri telah memohon permit mendaki Gunung Irau pada 2 April 2016. Senang sahaja. Yang penting anda mesti jelas dengan peraturan dan cara-cara memohon.  Isi borang permohonan berserta dengan maklumat-maklumat yang diperlukan. Baca arahan dengan teliti.

Penghargaan kepada Pejabat Hutan Daerah Raub kerana telah  mempermudahkan proses memohon permit..Permit lulus dalam satu hari asalkan semua maklumat jelas dan dokumen lengkap dan penggunaan email dan whatsapp secara berkesan. Anda boleh menghubungi En. Mat Izan Bidin (0199667350)
Pastikan kita mematuhi peraturan apabila mendaki.
Be responsible hiker

Di bawah dilampirkan borang permohonan PERMIT MEMASUKI HUTAN SIMPANAN KEKAL (MENDAKI GUNUNG)RAUB & CAMERON HIGHLANDS

Kenangan mendaki Irau bersama UPSI Adventure Club (USTA-C)

Kenang daku sampai ke Jannah  bersama UPSI Adventure Club (USTA-C)

BORANG PERMOHONAN
PERMIT MEMASUKI HUTAN SIMPANAN KEKAL (MENDAKI GUNUNG)


Kepada:
Pegawai Hutan Daerah   RAUB & CAMERON HIGHLANDS

1.
(a)
Individu
Butir-butir diri saya adalah seperti berikut:


i.
Nama Pemohon
:
___________________________________________


ii.
Warganegara
:
______________________
iii.
Umur
:
_________


iv.
No Kad Pengenalan  /     No. Pasport
:

_______________________________________________


v.
Pekerjaan
:
_______________________________________________


vi.
Alamat Surat Menyurat
:
_______________________________________________





_______________________________________________


vii.
No. Telefon / Fax / Email
:
_______________________________________________











(b)
Jabatan/Syarikat/ Pertubuhan/ Perbadanan
Butir-butir kami adalah seperti berikut:


i.
Nama Jabatan/Syarikat/ Pertubuhan/ Perbadanan :



_______________________________________________________________________


ii.
No. Pendaftaran*
:
_______________________________________________


iii.
Tarikh Pendaftaran*
:
_______________________________________________


iv.
Tempat Pendaftaran*
:
_______________________________________________


v.
Alamat / Berdaftar
:
_______________________________________________





______________________________________________


vi.
No. Telefon/Fax / Email
:
_______________________________________________










2. Tujuan
:

________________________________________________
3. Lokasi
:
_______________________________________________
4. Daerah
:
_______________________________________________
5. Tarikh Mula
:
________________
Tarikh Tamat
:
____________
6. Bilangan Ahli Kumpulan
:
_______________________________________________
7.  Disertakan Bayaran :     Wang Pos Bernilai :  RM ________________
         No. Wang Pos    i.    __________ ________     RM _____________
                                    ii.   ___________________    RM______________ 
                                   iii.   ___________________    RM______________
                                   iv.   ___________________    RM______________



Sila sertakan bersama borang ini, maklumat-maklumat berkaitan;

i)                    Senarai nama ahli kumpulan berserta nombor kad pengenalan/No.Telefon Waris/Orang yang boleh dihubungi.

ii)                   * Bagi permohonan untuk menjalankan kajian sila sertakan surat kelulusan daripada Jabatan   Perhutanan Semenanjung Malaysia/ Jabatan Perhutanan Negeri Pahang.

iii)                * Surat tawaran kerja pembangunan

iv)                * Permit mencari gali .

      v)          Bayaran Permit Memasuki HSK  -  RM5.00 seorang  ( Bayaran menggunakan Wang Pos
                   atas nama   :   PENGARAH PERHUTANAN NEGERI PAHANG )

      vii)       Borang Permohonan beserta maklumat/bayaran hendaklah dikemukakan ke alamat berikut
                  (sekurang-kurangnya dua (2) minggu sebelum tarikh pendakian):-

                       Pegawai Hutan Daerah,
                       Pejabat Hutan Daerah Raub & Cameron Highlands,
                       Rotan Tunggal,
                          27600 Raub, Pahang Darul Makmur.



         * Jika Berkaitan






Kembara Sunset Bukit Keluang Terengganu

$
0
0
Sunset sepanjang jalanan Bukit Keluang, Terengganu.

Lokasi : Untuk ke Bukit Keluang, hanya taip dalam GPS atau Waze sahaja. Ikut navigasi sehingga sampai ke lokasi.

Untuk naik ke Puncak Bukit Keluang ada dua trail. Trail yang pertama adalah melalui jalan tangga yang berhadapan dengan tandas awam dekat kawasan pantai. Trail yang kedua adalah di penghujung jalan dari Pantai Bukit Kluang.Jalan sampai anda bertemu dengan wakaf. Di situ hanya ada satu wakaf di sebelah kiri jalan. Naik dari situ, di belakang wakaf. Teman telah bertanyakan penjual-penjual di Pantai Bukit Keluang, trail mana yang lebih senang. Penjual-penjual mengatakan bahawa trail yang kedua lebih senang. Malangnya, kedua-dua trail teman tak dapat naik kerana jam telah menunjukkan pukul 630 petang. Sudah hampir maghrib. Takut malang tak berbau. Lain kali sekiranya umur panjang dan diizinkan Allah swt.  Teman telah berpatah balik dari trail kedua untuk sampai ke trail pertama yang berkesudahan dengan menikmati sunset di sepanjang jalan Bukit Keluang. Juga sempat menikmat keindahan senja di Pantai Bukit Kluang.     



Langit, dedaun dan Air

 Keindahan alam yang fana

 Naim dan ibunya, Cinta

 Subhanallah

 Allahuakabar

 Masjid di kejauhan di senja hari

 Surau di sepanjang jalanan Bukit Keluang

 Selamat datang ke Bukit Keluang, Terengganu

Trail pertama ke Bukit Keluang Terengganu

Pantai Bukit Kluang

$
0
0
Keunikan Pantai Bukit Kluang Besut Terengganu

Pantai Bukit Kluang adalah terletak di Kampung Bukti Keluang, Besut, kira-kira 4 km dari Pekan Kuala Besut.. Pantai ini adalah lebih kurang 4-5 km dari Pantai Air Tawar. Pantai ini adalah kira-kira 125 km dari kuala Terengganu, 60 km dari Kota Bharu dan 21 km dari Jertih. 

Pantai ini adalah unik kerana terdapat struktur batuan di tepi pantai yang membentuk gua-gua kecil. Pantai ini sangat sesuai untuk sebarang aktiviti bersama-sama orang tersayang.

Di sini anda boleh berkelah di hujung minggu. Anda sudah pasti akan menceritakan memori silam di suatu masa nanti. Lebih-lebih lagi anda sudah pasti akan menitis air mata bila mengimbau kembali indah semuanya itu.

Di sini juga berlakunya pendaratan pelarian Vietnam pada tahun 70an dari kapal Hai Hong, kapal Perang Amerika dan bot-bot nelayan yang penuh sarat dengan manusia. 

Terdapat gerai-gerai yang menjual makanan dan minuman. Ada tandas awam dan wakaf. Anda juga boleh mendaki Bukit Keluang. Pemandangan di atas Bukit Keluang adalah sangat cantik terutama semasa sunrise dan sunset


Terdapat juga lagun air yang cantik seperti  tasik dengan alam sekitar yang bersih.

 Abadikan kedatangan anda dengan kamera lensa bersama keluarga dan teman-teman.

Anda pasti terhibur dengan air laut yang biru sambil mengutip kulit siput dan tapak sulaiman yang cantik.

Anda juga boleh berkelah di dalam gua. Gua-gua ini pada dahulukala menjadi tempat persembunyian lanun-lanun.

 Sekumpulan pemuda sedang bermain gelungsor.

Lokasinya tidak jauh dari jeti Pulau Perhentian dan juga Pulau Redang.

Struktur pantai yang landai dan berteluk sangat sesuai dan selamat untuk aktiviti mandi manda.

Pelantar pejalan kaki yang roboh dek hakisan angin dan ombak.
Viewing all 548 articles
Browse latest View live