Quantcast
Channel: Kaki Travel: From Malaysia to the World with Khairuddin
Viewing all 548 articles
Browse latest View live

Semakan Status Perjalanan Ke luar Negeri.

$
0
0
Sekatan Keluar Negara

Anda  hendak melancong ke luar negara. Sila semak blacklist Imigresen atau Pasport. Ini bertujuan mengelak sebarang masalah yang akan dihadapi apabila mengetahui pasport mereka tidak sah, sewaktu tiba di lapangan terbang untuk ke luar negara.

Lebih baik anda buat semakan setiap kali hendak berlepas ke luar negara. Malang tidak berbau. Ini juga bertujuan memastikan perjalanan anda adalah lancar dan sempurna sebelum melangkah ke pintu kapal terbang. Jangan meroyan kemudian. Stres nanti.    


  

Laman web seperti tertera di bawah adalah untuk kemudahan warganegara Malaysia yang ingin menyemak status untuk mendapatkan kemudahan Imigresen bagi permohonan dokumen perjalanan dan perjalanan ke luar negara. 


sspi2.imi.gov.my

Sumber : Jabatan Imigresen Malaysia 

Satu lagi kaedah alternatif untuk status Imgresen adalah dengan menghubungi Pusat Panggilan 1Malaysia (1MOCC) di 0388801000. 



Aksi Extravaganza Peluncur Air di Pantai Bukit Kluang

$
0
0
Besut Terengganu

Teman berasa sungguh bertuah kerana dapat menyaksikan Sang Peluncur Air beraksi di tepi pantai pada waktu senja. Deme berlatih meluncur di atas air sambil memegang semburan api. Begitu terhibur hati di saat-saat mentari melaburkan diri. 


Di manakah letaknya Pantai Bukit Kluang ? Pantai Bukit Kluang adalah terletak di Kampung Bukti Kluang, Besut, kira-kira 4 km dari Pekan Kuala Besut.. Pantai ini adalah lebih kurang 4-5 km dari Pantai Air Tawar. Pantai ini adalah kira-kira 125 km dari kuala Terengganu, 60 km dari Kota Bharu dan 21 km dari Jertih. Ada entri sebelum ini, tentang Pantai Bukit Kluang. 


 Buat pertama kali, teman menyaksikan aksi sebegini.

 Ramai juga yang menonton di waktu senja sebegini.

 Masing-masing menunggu giliran untuk beraksi di gigi pantai.

 Pemuda-pemuda itu memberi sokongan yang tidak berbelah bagi antara satu sama lain.

 Begitu indahnya malam di senja kala.

 Bersungguh-sungguh sang pemuda bermain luncur air.

 Sang pemuda menarik luncur untuk ke pantai.

 Giliran pemuda lain beraksi meluncur di Pantai Bukit Kluang. 

Sesi Aksi Extravaganza Sang Peluncur Air.

Air Terjun Lata Makau (Sungai Luit)

$
0
0
Sungai Luit, Kuala Kubu Bharu. 


Kami akan daypack ke Lata Macau, Kuala Kubu Bharu, Selangor. Kami akan hiking bersama-sama Kumpulan UPSI Adventure Club (USTA-C). Presiden adalah Tuan Abdul Ghani Mansor.

Tentatif DayPack adalah seperti di bawah :


Tentatif Lata Macau
21hb Mei 2016

7.00pg Berkumpul di dataran KKB @mamak kkb

7.15pg Bergerak ke kg Pertak
7.30pg Regangan badan dan Bacaan doa 
7.40pg Mula hiking
10.30pg Sampai di Lata Macau, rehat / mandi / pau maggi dan makanan org / solat zohor
2.00ptg Bergerak turun
3.30ptg Sampai kat car park
4.00ptg Lepak di dataran KKB @mamak kkb
5.00ptg Berempit semua pulang ke rumah



Keperluan DayPack Macau
- air yg cukup untuk hiking 2-3 jam nanti sampai atas air boleh top up 
- jajan / makanan tenaga coklat cloud 9/ choki2
- makanan lunch siap dari rumah atau tapau mamak
- barang-barang peribadi 
- ubat-ubatan
- kasut yang sesuai

- baju Hujan  sebab sekarang musim hujan

Berikut adalah video yang menunjukkan perjalanan dari dua Jambatan Gantung ke Lata Macau.




Bagaimana hendak ke Lata Macau (Sungai Luit) ?

Air Terjun Lata Macau adalah terletak di Kg Pertak, Kuala Kubu Bharu, Selangor. Ia terletak dalam perkampungan orang asli moden. Anda perlu ke Kg Pertak. Anda perlu bayar RM1.00 satu kepala kepada Jawatankuasa Kebajikan dan Keselamatan Kampung Pertak untuk masuk ke situ. Anda boleh park kereta di tempat letak kereta. Sekiranya penuh, boleh letak di kiri kanan bahu jalan sebelum sampai ke Jambatan Gantung.

Anda akan melalui dua Jambatan Gantung. Sungai yang anda dilalui adalah Sungai Luit. Sungai Luit adalah sungai yang terletak di daerah Kuala Kubu Bharu melalui Kg Pertak serta menghala ke Empangan Pertak. Empangan Pertak adalah empangan buatan yang sangat cantik aliran air di Sungai Selangor. 

Di sepanjang perjalanan Sungai Luit, anda akan ketemu dua buah air terjun kembar yang sangat cantik. Air terjun Lata Jerbus dan Air terjun Lata Macau. Buat permulaan, anda anda ketemu dengan Air Terjun Lata Jerbus sebelum sampai ke Air Terjun Medang atau Bukit Kutu.    

Trail description:

It starts like the hike for Bukit Kutu with two bridges to cross, after the second bridge, take left and follow the trail leaving the river on your left. At the junction shown on the map, take left. The right trail leads to Lata Medang. The trail will approximately follow the river and ends up before reaching Lata Makau. From that point, hiking the river for the remaining 2 or 300 meters is required, this is the hard part of the hike.


Difficulty: 3/5
Duration: ~3 hours (one way) 



www.everytrail.com

Dari keterangan di atas, terdapat dua jambatan gantung yang perlu diharungi. Selepas jambatan gantung kedua, anda akan berjumpa dengan simpang trek. Simpang trek sama ada menghala ke Lata Macau atau Medang dan Ke Bukit Kutu. Simpang ke kiri anda menghala ke Lata Macau dan Medang. Simpang ke Kanan akan menghala ke Bukit Kutu. Anda ambil simpang ke kiri yang menghala Lata Macau dan Medang. Anda terus jalan sehingga jumpa satu lagi simpang trek sama ada ke Lata Macau dan Lata Medang. Ambil yang simpang ke kiri. Simpang Kiri menghala ke Lata Macau. Simpang Kanan menghala ke Lata Medang. Ikut trek ini sampai ke Lata Macau. Trek ini agak sukar berbanding dengan bahagian sebelumnya. Anda perlu melalui sungai dan batu-batan. Bersedia untuk basah. Bawa bag kalis air. Berhati-hati dengan bahan-bahan eletronik. Berhati-hati terutama di musim hujan. Takut kepala air. 


    
I would say that the hike is easier than Lata Medang but for the last 2-300 meters as there is no more trail and you will need to continue in the river. The rocks are big so it's not easy, I would not advice to go for river hiking if it has been raining heavily the previous day. As for the time it takes, it depends a lot of the lunch break, you may plan between 2 and 3 hours to reach Lata Makau depending of your pace. If you don't feel like doing river hiking, Lata Medang is more suitable and maybe even more impressive.




Lata Macau is  relatively unspoilt and the trail to them is not hiked much.
www.nearify.com 

In a nutshell, The starting point for the trail is the same Kg Pertak starting point as Bukit Kutu. The path to get there is similar to Lubuk Mecu and Lata Medang but we turn left instead of right. 

Gadis Melayu di Lata Macau

$
0
0
Kembara UPSI Staff Adventure Club (U-STAC)

UPSI Staff Adventure Club (U-STAC)  telah hiking ke Lata Macau (Sungai Luit), Kuala Kubu Bharu, Selangor buat pertama kalinya. Jelajah ini telah berlangsung pada 21 Mei 2016. Diketuai oleh Tuan Presiden sendiri, Tuan Abd Ghani Mansor.

Bagaimana hendak ke Lata Macau?

Air Terjun Lata Macau adalah terletak di Kg Pertak, Kuala Kubu Bharu, Selangor. Ia terletak dalam perkampungan orang asli moden. Anda perlu ke Kg Pertak. Anda perlu bayar RM1.00 satu kepala kepada Jawatankuasa Kebajikan dan Keselamatan Kampung Pertak untuk masuk ke situ. Anda boleh park kereta di tempat letak kereta. Sekiranya penuh, boleh letak di kiri kanan bahu jalan sebelum sampai ke Jambatan Gantung. 

Anda perlu mengharungi dua Jambatan Jantung terlebih dahulu sebelum masuk ke persimpangan ke destinasi masing-masing.  Selepas jambatan gantung kedua, anda akan berjumpa dengan simpang trek. Simpang trek itu sama ada menghala ke Lata Macau atau Medang dan Ke Bukit Kutu. Simpang ke kiri anda akan menghala ke Lata Macau dan Medang. Simpang ke Kanan anda akan menghala ke Bukit Kutu. Anda perlu ambil simpang ke kiri yang menghala ke  Lata Macau dan Medang. Anda dikehendaki berjalan terus ke depan sehingga jumpa satu lagi simpang trek sama ada ke Lata Macau dan Lata Medang. Ambil simpang ke kiri. Simpang Kiri menghala ke Lata Macau. Simpang Kanan menghala ke Lata Medang. Ikut trek ini sampai ke Lata Macau. Trek ini agak sukar berbanding dengan bahagian sebelumnya. Anda perlu melalui sungai dan batu-batan. Bersedia untuk basah. Bawa bag kalis air. Berhati-hati dengan bahan-bahan eletronik. Berhati-hati terutama di musim hujan kerana takut kejadian kepala air. Malang tidak berbau. Ibarat kata,'Sediakan payung sebelum hujan". 

Apa kata Pn.Marina Awang Ahmad tentang kejayaan meneroka Lata Makau buat pertama kali tanpa guide : 


"Alhamdulillah, tambah koleksi UPSI Staff  Adventure Club (U-STAC) hari ni.. Pendakian ke Lata Makau di KKB bermula jam 9.30am & tiba di lokasi jam 12.30pm..walau dengan hujan renyai & tiada guide, cabaran tetap ditempuhi dengan jayanya. Memperolehi  pengalaman yang  berbeza & menyeronokkan."

Maka bermulalah kisah Hang Tuah dan Tun Teja dalam misi untuk memenuhi hasrat Sultan Melaka. Hayatilah lagu kisah Hang Tuah dan Tun Teja kegemaran Tuan hamba, Kaki Travel Khairuddin.






Hang Tuah telah berjaya mengharungi dan melepasi Jambatan Kedua untuk mencari Tun Teja 

Hang Tuah telah berusaha untuk kembali ke Melaka. Hang Tuah ingin memperhambakan dirinya kepada Raja Melaka agar kesalahannya diampunkan.Raja Melaka ingin beristerikan Tun Teja, maka Hang Tuah telah berusaha ingin membawa Tun Teja ke Melaka untuk dipersembahkan kepada Raja Melaka.  

Terdapat beberapa peristiwa penting dalam usaha Hang Tuah hendak melarikan Tun Teja ke Melaka  iaitu :

1. Hang Tuah menyampaikan hasrat hatinya kepada Tun Teja melalui inangnya.
2. Hang Tuah menyuruh inang mencalit ilmu pengasih pada tempat duduk Tun Teja.
3. Tiba-tiba Tun Teja berasa rindu terhadap inang tua itu dan Hang Tuah.
4. Hang Tuah ingin ke Melaka selama 3 hari dan Tun Teja berasa sedih.
5. Hang Tuah mengajak Tun Teja dan inang tua itu pergi ke Melaka. Akhirnya, mereka bersetuju.
6. Pemergian Tun Teja tidak diketahui oleh orang tuanya.  
7. Raja Inderapura marah kerana Hang Tuah melarikan anak Bendahara lalu dikejar mereka.
8. Sebaik tiba di Melaka, Raja Melaka sangat gembira lalu memeluk Hang Tuah.
9. Tun Teja menangis kerana dirinya akan dikahwinkan dengan Raja Melaka bukannya Hang Tuah.
10.Hang Tuah memberi sejenis sirih kepada Tun Teja supaya membenci dirinya dan suka kepada Raja Melaka.   


Apa yang dipandang oleh  Hang Tuah dan kawan-kawannya ?


Ini adalah penanda aras ke Lata Macau, BMW.
   
Hang Tuah dan kawan-kawan telah sampai ke Lata Macau.

Maka bertemulah Hang Tuah dan Tun Teja. Hang Tuah telah mencalit ilmu pengasih kepada Tun Teja. Tun Teja telah  bersetuju pergi ke Melaka tanpa pengetahuan ibu bapanya. 

Ini wajah-wajah gadis Melayu yang ayu-ayu belaka di Lata Macau.

Hang Tuah bersalam dengan sahabatnya kerana telah berjaya memperdayakan Tun Teja untuk dibawa ke Melaka untuk dipersembahkan kepada Sultan Melaka.

Siapa bilang jejaka Melayu
Siapa bilang gadis Melayu
Tak menawan
Tak menarik hati
Tak memikat hati

Senyuman mereka manis
Hitam pekat rambutnya
Budi bahasanya
Pandangan matanya
Sentuhan jiwa mereka 
Membuat semua terlena

Wajah Ayu Gadis Melayu, Tun Teja
Wajah kacak Jejaka Melayu, Hang Tuah.

Sekian, Sehingga ketemu lagi. Bagai itik beransur pulang di petang hari. Kita berpisah untuk bertemu. Bukan bertemu untuk berpisah. Maaf silap dan salah Kaki Travel Khairuddin. Wassalam. Wa'allahhualam.

Melbourne & Sydney dalam sepuluh hari

$
0
0
Pengarang : Noor Hayati Yasmin & Norsa'adah Ahmad


http://msdsh.blogspot.my/

Bersama penulis buku India, Siti Noridah Abd Rahman (Kanan) dan penulis buku Melbourne dan Sydney dalam sepuluh hari, Norsa'adah Ahmad (kiri)

Saya ingin review buku Melbourne dan Sydney dalam sepuluh hari secara ringkas. 

Buku ini adalah perjalanan tujuh orang sahabat ke Melbourne dan Sydney dalam sepuluh hari. Antara tempat-tempat menarik yang dilawati ialah Great Ocean Road,Belgrave untuk menaiki Puffing Billy,Phillip Island untuk melihat koloni Little Penguin,Blue Mountains National Park,Sydney Fish Market,Sydney Harbour dan banyak lagi tempat yang meninggalkan kenangan manis buat mereka bertujuh. MSDSH mengandungi 100 mukasurat bergambar dengan warna penuh dan dicetak menggunakan kertas yang berkualiti.

Melbourne dan Sydney menjadi kota pilihan mereka. Kedua-dua kota mempunyai ciri yang berbeza. Cuaca, struktur bangunan, budaya dan masyarakat membuktikan kelainan antara dua kota. Namun, satu persamaan yang ketara ialah sifat hormat-menghormat di antara satu sama lain yang sangat mereka kagumi. 

Apa yang teman suka tentang buku ini adalah kerana mengandungi bahagian titipan penulis. Anekdot sepanjang perjalanan telah menjadikan buku ini menarik. Topik-topik yang lain adalah pelajaran daripada insan yang mereka temui, makan-makan, tips membeli belah dengan senang hati, kemasukan dan keluar dari Australia, tips menulis trvelog dan Iitinerari perjalanan mereka. 

Di sini, teman ingin mencontohi Dr Yati yang telah tinggalkan senaskhah buku di Port Campbell Hostel.  Dr Yati telah melihat bagaimana buku-buku dalam pelbagai bahasa tersusun rapi meraikan penginap asrama yang datang dari pelbagai negara. Begitu juga di State Library New South Wales. Perpustakaan  itu mengalu-alukan derma buku penulisan anda. Dr Yati telah juga mendermakan bukunya kepada Mr Tom, pengusaha Megalong Books Store. Pengusaha itu juga telah memberi senaskhah buku puisi yang diterbitkan sendiri.

Saya membeli buku ini  semasa berlangsungnya Pesta Buku Antarabangsa di Serdang pada 9 Mei 2016. Anda boleh melayari blog kedua-dua penulis di www.msdsh.blogspot.com. Selamat membaca.  

Homestay di Pasir Tumboh,Kota Bharu

$
0
0
Percutian di Kota Bharu, Kelantan


Saya kaki travel budget. Saya suka duduk di Pasir Tumboh sekiranya saya bercuti di Kota Bharu, Kelantan. Homestay Pasir Tumboh, Kota Bharu menyediakan penginapan alternatif berkonsepkan rumah kediaman dalam suasana kampung yang selesa kepada pengunjung yang datang bercuti,melancong atau rombongan perkahwinan dan lain-lain hal ke Kelantan.

Saya suka tinggal di Herynies Inn atau Nikla Inn sekiranya berada di Kota Bharu, Kelantan. Lokasinya adalah berhampiran dengan Pusat Pengajian Pondok Pasir Tumboh, MRSM dan Pusat Membeli belah. Hanya 8 KM dengan Pusat Bandar Kota Bharu (15 minit) . 3 KM dengan Hospital Sains Kubang Kerian dan 5 KM dengan Pasar Borong Wakaf Che Yeh. 



Saya hanya menyewa satu bilik sahaja. Kami pergi bertiga sahaja. Sewa satu bilik RM50 sahaja.

No talipon Herynies Inn

Ruang dapur Herynies Inn. Boleh masak nasi. Kena bawa periuk nasi sendiri.

Katil untuk dua orang

No talipon Nikla Inn :0175266756

 Pandangan luar Nikla Inn

Aisar Inn 0139877489

Desa Murni Batik, Kuala Terengganu

$
0
0

Kuala Terengganu

Kami juga telah singgah di Desa Murni Batik dalam perjalanan ke Mydin Kuala Terengganu. Desa Murni Batik Sdn Bhd adalah pengeluar Batik Sutera Digital terbesar di Malaysia!

Pembuatannya berasaskan cetakan iaitu dengan menggunakan sistem yang berteknologi tinggi daripada Itali. Ia juga lebih mudah dan menjimatkan masa memproses akan tetapi masih mengekalkan konsep batik itu sendiri. Ternyata batik sutera digital kini mampu bersaing di pasaran dan berjaya mendapat tempat di kalangan pengguna yang sentiasa inginkan kelainan. Dengan permintaan yang semakin menggalakkan ini, Desa Murni telah memperkenalkan keluaran baru batik sutera digital dengan menawarkan lebih 100,000 design terkini dalam usaha memenuhi cita rasa pelanggan dalam dan luar negara. 

Selain daripada jualan batik, anda juga boleh membeli pelbagai barangan lain seperti jubah, kain baju perempuan, peralatan dapur, tudung wanita dan macam-macam lagi. Harga yang ditawarkan adalah juga berpatutan.  

Anda boleh juga mengunjungi face book Desa Murni Batik. Sekiranya anda singgah ke kuala Terengganu, jangan lupa singgah di sini dalam perjalanan ke Mydin Kuala Terengganu.


 Desa Murni Batik di siang hari

Desa Murni Batik di malam hari

Ulang tahun ke 80 (Mei 2016)

$
0
0
Port Dickson

Kawan-kawan,

Sebaik sahaja menjejak Mei,2016 ayah saya, Abdul Aziz Lim telah berusia 80 tahun. Semoga ayah sihat walafiat. Semoga ayah bahagia.

Terima kasih yang tak terhingga kerana telah mendidik dan mendewasakan saya. Marilah sama-sama doakan segala kebaikan dan kerahmatan Allah buat ayah. Semoga berjaya dunia dan akhirat.


Muhammad Khairuddin Lim
Saya sayang ayah.




Ayah saya, Abdul Aziz Lim

 Adik beradik Ayah


Hentian Puncak Titiwangsa Perak

$
0
0
HENTIAN PUNCAK BANJARAN TITIWANGSA


ANDA sebagai pengguna Jalan Raya Timur- Barat pasti teruja apabila melalui jalan Gerik, Perak ke Jeli, Kelantan sejauh 110 kilometer apabila menyaksikan pemandangan  indah yang sungguh memukau mata memandang. Setelah penat memandu, anda pasti berasa segar selepas menghirup udara sejuk dan nyaman. Ada ketikanya sekiranya tuah badan, anda dapat merasa kesejukan udaranya sampai ke suam-suam tulang dan bulu hidung rongga anda berkembang.

Dahulu hentian ini  adalah kawasan hitam kerana ia menjadi pusat operasi pengganas komunis kerana terletak di antara Malaysia dan Selatan Thailand. Hari ini, anda akan menyaksikan deretan puluhan dengan bentuk puncaknya yang pelbagai dengan ketinggian kira-kira 2,100 meter dari aras laut. Anda akan berada di kawasan paling puncak daripada puluhan gunung-ganang lain disekitarnya kira-kira 80 km perjalanan dari Gerik.  Kawasan hentian ini semakin popular kepada pengguna jalan yang menjadi nadi penghubung utama antara negeri di pantai timur ­dengan barat terutama utara Semenanjung.

Di kiri kanan jalan, anda pasti terhibur apabila berpeluang menyaksikan gunung-ganang dan hutan rimba tebal di sepanjang laluan yang jarang ditemui di kawasan lain. Pelbagai flora dan fauna di sekitar­nya dapat disaksikan daripada pelbagai pokok besar seperti cengal, meranti dan keruing kerana ia kawasan hutan simpan yang belum terusik. Perjalanan anda pasti tidak sempurna sekiranya anda tidak  mencari bunga ros hutan yang tumbuh meliar di sepanjang jalan kawasan berkenaan untuk dibawa pulang sebagai cendera hati taman bunga di laman rumah. 

Selain udara segar puncak banjaran,kemudahan asas disediakan untuk pengunjung merakam gambar kenangan dan menghayati lukisan alam di sini. Turut disediakan kedai makan, beberapa pondok rehat, surau, tandas awam dan kawasan parkir yang selesa di tapak kawasan keseluruhan seluas kira-kira satu hektar.
Berikut adalah pemandangan yang sempat dirakamkan  yang begitu  menakjubkan kerana dapat menyaksikan lukisan alam dengan gunung-ganang serta lurah dalam saujana mata memandang sangat unik dan jarang ditemui di kawasan lain. Sekiranya berpeluang jangan lepaskan peluang untuk berhenti, sekira tidak berbuat demikian anda seperti melepas peluang melihat keseluruhan peta Semenanjung.


 Restaurant, tempat persinggahan untuk menjamu selera.

 Begitu indahnya ciptaan Tuhan

 Begitu asyik sekali pemandangan di awan

 Awan, Gunung-ganang dan Hutan Belantara

 Kebiru-biruan yang mempersonakan

 Doa saya semoga bahagia dunia akhirat

Saya merenung di kejauhan di sebalik awan

Pelbagai Kegiataan di Pantai Remis

$
0
0
Pantai Remis, Kuala Selangor

Pantai Remis terletak di Sungai Sembilang, Jeram kira-kira 20 km dari Kuala Selangor. Ia terletak di antara Kuala Selangor dan Kapar. Pantai ini biasa dikunjungi oleh orang ramai sama ada pada penghujung minggu atau cuti umum.

Pantai Remis tidaklah secantik seperti Pantai Port Dickson, Negeri Sembilan. Tetapi anda masih boleh berjalan-jalan di tepi pantai sambil menikmati pemandangan yang indah. Di sini, antara kegitaan utama saya adalah menanti matahari terbenam di ufuk barat. Sementara itu banyak kegiatan lain yang menarik akan berlangsung di Pantai Remis. Antara yang utama adalah bermain layang-layang, mencari kerang atau mentarang, memancing ikan, mandi-manda dan berkelah.

Selain itu, banyak juga kemudahan asas di sediakan di sini seperti tandas awam, bilik mandi, surau, medan selera dan tempat letak kereta.



 Layang-layang terbang tinggi di udara

 Anda boleh santai atau berehat di tepi pantai sambil menanti matahari terbenam di ufuk barat

 Anda boleh juga mengutip kulit siput dan kerang yang banyak terdampar di tepi pantai

 Begitu menariknya layang-layang yang dijual di gerai-gerai tepi jalan.

 Anda boleh bermandi manda di tepi laut.

 Anda boleh juga bermain-main dengan ikan belacak yang banyak terdapat di gigi pantai.

 Aktiviti memancing adalah antara kegiatan utama di sini.

 Saya dan cinta begitu terhibur dengan pelbagai aktiviti yang dijalankan di sini.

 Abam menjala ikan 

Saya begitu tertarik dengan aktiviti menjala ikan di sini.

Para Pembaca yang budiman,

Bagi yang tidak sempat saya balas mesej atau email, saya minta maaf. Bagi saya sedikit masa. 

Anak ikan di panggang panas,
Makan nasi berlaukkan nanas,
Maafkan saya kerana tidak membalas,
Tunggu sebentar nanti saya balas.


Mentari terbenam di Pantai Remis

$
0
0
Pantai Remis, Kuala Selangor.

Pantai Remis terletak di Sungai Sembilang, Jeram kira-kira 20 km dari Kuala Selangor. Ia terletak di antara Kuala Selangor dan Kapar. Pantai ini biasa dikunjungi oleh orang ramai sama ada pada penghujung minggu atau cuti umum.

Tarikan utama di sini adalah untuk melihat matahari terbenam di ufuk barat. Teman adalah peminat utama melihat mentari berlabuh. Kita memiliki satu matahari dan pasti di mana mentari melabuh itulah keindahan yang tetap sama dengan suasana sekeliling yang berbeza. Suasana persekitaran itu yang mencipta keindahan yang begitu indah dalam kehidupan seharian kita. Begitu indahnya hidup sekiranya kita menikmati matahari terbenam di Paris, Venice, Pulau Jeju, dan Melbourne. Mudah-mudahan kita diberi rezeki melimpah ruah seperti butiran hujan yang turun dari langit. 


 Banyaknya kerang yang terdampar di gigi pantai.

 Pemandangan laut yang tak jemu di mata. Kita pasti jatuh cinta dengan laut membiru bergelora.

Paya bakau yang luas terbentang sebagai bentang penghakis ombak.

Belangkas yang sedap dijadikan lauk.

Melihat matahari terbenam adalah tarikan utama di sini.

Langit, laut dan rangka-rangka kayu.

Melihat mentari terbenam cukup menenangkan fikiran.

Mega merah di langit jelas memukau pandangan mata.

Pantulan cahaya di permukaan laut memberi gambaran yang cantik dan mengagumkan.

 Apabila masa sampai kita akan pulang dengan hati yang tenang dan penuh kerinduan. Ada rezeki,insyallah kita akan ketemu lagi. Kita berpisah untuk bertemu lagi. Bukan bertemu untuk berpisah.


Telinga Berdengung Dalam Kapal Terbang

$
0
0
Kawan-kawan,
Cara-cara mengatasi sakit telinga dalam kapal terbang. 

simple.wikipedia.org

Apabila kita menaiki kapal terbang, kadang kala kita akan berasa telinga seperti di cucuk benda tajam. Ini adalah kerana berlakunya ketidakseimbangan perubahan tekanan udara yang menyebabkan gangguan pada telinga. 

Teman akan bercerita berdasarkan pengalaman sendiri yang banyak kali melancong ke luar negara atau pun semasa bermastautin di Sabah.   

Selalunya, teman akan mengumpul air liur di dalam mulut dan menelan air liur supaya tekak tidak kering dan tekanan akan menjadi seimbang.

Sekali sekala, teman akan mengunyah sesuatu di dalam mulut sepanjang kapal terbang hendak berlepas. Misalnya biskuit, roti dan gula-gula. Itu pun sekiranya barang-barang ada pada teman.

Seringkali, teman terlihat pemuda-pemudi suka menutup telinga dengan penutup telinga seperti earmuff atau earphone.

Waktu dulu-dulu, sewaktu anak-anak masih kecil, teman akan susukan mereka terutamanya bayi. Atau teman akan memberi minum air sikit-sikit sehingga kapal terbang berada dalam paras yang lebih stabil.

Ikan Celup Tepung Warung Pok Nong

$
0
0
ICT Warung Pok Nong, Kuala Terengganu.

Di Warung Pok Nong, anda dapat memilih sama ada ikan celup tepung, udang celup tepung atau sotong celup tepung. Kami memilih ketiga-tiga jenis makanan laut, almaklum semua itu adalah kegemaran kami sekeluarga. Lebih-lebih lagi bukannya selalu ke pantai timur. Dua kali atau sekali setahun sahaja. 

Lokasi. Warung Pak Nong terletak di Mengabang, Telipot. Alamat : Jalan Pantai A 1693, Kampung Kolam Mengabang, Telipot. No tel : 09-6127655/0133517262. Waktu Operasi : 3.30 petang hingga lewat petang. Kordinat : 05.42802; 103.072854.

Sementara menunggu pesanan ICT/UCT/SCT sampai, anda boleh memesan minuman terlebih dahulu. Ada ABC, air batu jagung  dan air kelapa. Kaunter pesanan minuman adalah berlainan dengan pesanan makanan. 

Sekiranya anda bertanyakan teman sedap atau tidak. Jawapannya bergantung kepada cita rasa masing-masing. Sedap atau tidak banyak bergantung kepada kesegaran makanan laut yang dihidangkan, tepung yang digunakan ataupun sos itu sendiri. Tepuk dada tanya selera anda sendiri.  


Landskap di depan Warung Pok Nong

 Wajah Warung Pok Nong

 Angin yang tiup begitu kencang sekali di waktu kunjungan teman ke sana

 Deretan kedai bersusun atur di depan Warung Pok Nong

Ombak yang begitu mengganas sekali. Percikan air laut sampai ke tepi jalan raya.  

G-Shock Japan, China or Thailand

$
0
0
Untuk peminat G-Shock: Made in japan@ Made in China @ Made in Thailand? 


Jam adalah peneman setia teman. Jam melambangkan keperibadian seseorang lelaki. Jam adalah simbol cita rasa lelaki. Teman suka G-Shock,salah satu jenama jam tangan pilihan teman. Jenama Casio, jenama terunggul dalam menghasilkan jam tangan bermutu tinggi. Maka dengan itu,anda perlu memilih jam yang menonjolkan personaliti agar menyerlahkan penampilan diri anda.  Teman berminat pula jam selain travel. Macam-macam teman ini. Teman banyak hobi sebenarnya. Nafsu-nafsi.  



Jam G-Shock muncul pertama kalinya pada tahun 1983. Casio mempunyai tiga kilang pengeluaran. Jepun, Thailand dan China. Adakah kualiti yang terbaik adalah dari Jepun?





G-Shock at End (www.endclothing.com)
Casio G-Shock GA-400CS 9AER Craz Colour Watch



Di sini disenaraikan dengan lengkap di mana jam G-Shock dikilangkan.

a) Kilang Casio Yamagata, Jepun.

Kilang premium Casio adalah khusus untuk pembuatan dan pertukangan jam yang tertinggi dalam kelasnya tersendiri. Kesemua model dihasilkan merupakan model Aras Tinggi ataupun Finest Level Watch Making.

Ini dikatakan model Aras 1 atau model yang paling tinggi dari segi pembuatan. Semua dikilangkan di Jepun. Di belakang jam ditempa 100% Made in Japan. Contoh Jam seperti kesemua  model Frogman,MRG, MTG,Oceanus,Protrek, dan  Model-model khas DW-6900.

Master of G - Frogman (kesemua model Frogman dari model sulung DW-6300 hingga ke model generasi terkini, GW-1000 ataupun GF-1000

Model MRG dan MTG merupakan model G-Shock yang paling tinggi dan termahal disebabkan faktor penggunaan bahan mentah yang berkualiti tinggi seperti Titanium dan Gred Besi Tahan Karat yang terbaik ataupun dipanggil 'Refined Material'. Manakala Oceanus pula ianya adalah kesemua teknologi G-Shock dalam casis jam Rolex, Oris yang lebih nipis dan elegan.

Model-model Protrek premium yang khusus untuk pasaran Jepun sahaja. Contoh: PRW-2000A, PRW-5000, PRW-5100, PRW-S5100, PRW-5050, PRW-6000, PRX-7000 & PRX-8000.

Model FS dan VT untuk model DW-6900FS dan DW-5600VT untuk kolaborasi dengan jenama tempatan yang terkenal di Jepun seperti siri animasi, automotif, makanan/minuman, fesyen pakaian/kasut, pasukan besbol ataupun bola sepak tempatan Jepun. Kebiasan model ini ialah untuk hadiah ataupun 'gift watch' kepada kakitangan yang berkhidmat dengan syarikat berkenaan.

Kebiasaan kod kilang premium akan di tempa dengan huruf Y, H, K dan P pada permukaan belakang jam.Kod ini merupakan kod pengeluaran standard dijamin kualiti di tahap tertinggi.

b) Kilang Casio Thailand, Thailand.

Kilang pertengahan ini ditubuhkan pada sekitar tahun 2003 dengan kapasiti menghasilkan model pertengahan kepada pasaran global. Contoh Model-model yang dihasilkan ialah:

1) Model Master of G  seperti Riseman dan Rangeman..
2) Model Protrek yang lain seperti PRG-110, PRG-130, PRG-240, PRG-250, PRG-260, PRG-270, PRG-280 dan PRW-3000.

Contohnya Model Protrek PRG-110, dikilangkan di Thailand dengan buckle dari Jepun.

c) Kilang Casio GuangZhou, China

Kilang permulaan ini merupakan tempat pembuatan kesemua model asas jam Casio termasuk model G-Shock yang tidak perlu menitik berat fungsi yang kompleks. Model adalah yang paling murah dan popular. Model di sini murah adalah kerana kos pembuatan murah dan tidak memerlukan banyak kepakaran teknikal.

Model-model yang dihasilkan adalah model GA-110 hampir 90% model ini dari kilang di China. Selain itu, model yang murah dan popular adalah DW- 6900 dan DW-5600. Kod yang biasa ditempa di belakang jam ialah DH.

Rumusan 

Secara umumnya mengatakan bahawa kualiti jam dikilangkan di Jepun adalah yang terbaik. Walaupun begitu, buat teman, selagi Casio masih mengekalkan Standard Jaminan Kualiti isu jam dari mana dihasilkan tidak menjadi persoalan besar. Lagipun, semua keluaran adalah berasal dari kilang Casio itu sendiri. Kos pengeluaran (Contoh upah) adalah lebih mahal di Jepun berbanding Thailand dan China. 

Anda harus ingat bahawa kadar pertukaran mata wang asing yang menyebabkan harga jam Casio turun naik dari masa ke semasa. Pada tahun 2010 kadar pertukaran wang USD adalah RM3.30. Pada masa artikel ini ditulis( Jun 2016), Kadar Pertukaran Wang USD adalah RM4.09. Sudah tentu, jam tangan yang dibeli pada tahun 2010 adalah jauh lebih murah berbanding dengan bulan Jun 2016.      


Kredit : Shockerianz Xix

Travelog Mr Backpacker : Merentas Amerika

$
0
0

Tajuk: Travelog Mr. Backpacker : Merentas Amerika : 26 Tahun | 42 Negara | 4 Benua | Hijrah
Pengarang : Badrul Hisham
Terbit : April 2016
Format : Kulit Nipis
Halaman : 202
ISBN : 9789671409008
Harga : RM25.00


#Merentasamerika

Badrul Hisham adalah graduan Sarjana Kejuruteraan Mekanikal dari Universiti Sheffield, United Kingdom. Orang pertama di England yang berselfie dan menari ketika majlis graduasi sehingga video menjadi viral di Malaysia. Sebaik sahaja menyelesaikan pengajian sarjana, beliau telah berbasikal dari London ke Malaysia yang sejauh 11,000 km untuk memenuhi impiannya. Prinsipnya, hidup ini pendek dan perlulah berimpian besar. Hisham telah berjaya melancong ke 42 buah negara. Advantura Pulang ke Malaya adalah antara lain karya tulisan Hisham. 

Polis koboi Texas dengan serius mengacukan pistol ke arah kepala Bad dan menjerit sekuat hati. “I SAID OPEN THE DOOR! OPEN THE DOOR!” Bad dicampak ke atas lebuh raya dan tangannya digari.Aku digari beberapa minit kemudian dan dicampak ke tepi jalan juga.

Buku ini mengisahkan tentang dua pemuda Melayu dan seorang Turki, warganegara British yang merantau memusing Amerika dengan berbekalkan sedikit duit dan impian setinggi gunung. Satu kereta menjadi saksi bagi semua peristiwa ini. Pada mulanya semua bermula dengan manis dari New York dan perlahan-lahan bertukar menjadi pahit apabila tiba di negeri Texas. Mereka ditangkap polis koboi Texas kerana disyaki  penjenayah besar. Perjalanan mengambil masa 25 hari merentas benua Amerika bermula dari New York. Titik akhir perjalanan bertiga berakhir di Los Angeles sejauh 10,000 km. Moga pengembaraan #Merentasamerika ini menjadi inspirasi bagi anak muda mengejar impian yang lagi besar dalam hidup.

Tajuk buku travelog ini sangat catchy dan membuat kita terikut-ikut hendak meniru gaya pengembaraan mereka. Sub topik membuat anda ingin tahu lebih-lebih lagi disertai dengan goggle map dengan jarak dan jumlah jam sesebuah perjalanan. Teknik penceritaan adalah jauh lebih baik berbanding dengan buku Travelog sebelumnya. 

Kelebihan buku ini adalah susur alur cerita pengembaraan  yang  begitu menarik dan mengalir untuk dibaca. Hisham membawa pembaca untuk bersama-sama merasai pengalamannya. Gaya bahasa yang puitis dan penuh sense of humor. Bahasa yang mudah difahami,tidak menggunakan istilah dan kosa kata yang tidak diketahui. Buku ini menghasilkan sesuatu yang perlu direnungkan oleh pembaca terutamanya peristiwa yang berlaku, dengan kata-kata hikmat atau motivasi. Hisham berjaya melukiskan adegan demi adegan dengan teknik penceritaan yang penuh unsur suspen. Ini membuatkan kita terus ingin membaca lagi sehingga habis dengan cepatnya.Tetapi kadang kala saya merasa kecut perut membacanya dengan pelbagai rintangan dan cabaran yang dihadapi. Tiga adegan yang menarik adalah hampir mati lemas di pantai Daytona apabila meluncur air, dicekup pihak polis di Texas dan hampir mati di Death Valley. Hisham telah memberi gambaran perasaannya yang sebenar dalam perjalanan merentas benua Amerika. Pengalaman yang berharga adalah sejauh mana kita pergi, Tuhan tidak boleh kita lupakan.  

Kekurangan buku ini adalah sampul buku yang kurang menarik berbanding dengan isi yang begitu menarik untuk dibaca. Warna di kulit buku pun kurang menarik dengan latar pemandangan yang kelam. 

Kesimpulan, buku ini memberi teladan yang berguna kepada anak-anak muda yang berimpian besar dalam mengejar cita-cita mereka kerana kita melintasi dunia ini hanya sekali sahaja. Keunikan Hisham adalah keperibadian nilai-nilai murni yang dapat memberi pelajaran hidup bagi pembaca. Contohnya,di sini mereka berzikir sepanjang malam untuk menenangkan hati dan berharap agar tiada beruang mengoyak khemah mereka. semasa di Taman Negara Yosemite, taman negara yang paling cantik antara 42 negara yang pernah dilawatinya. Apabila kita mengembara ke benua Amerika dengan niat yang ikhlas, insyallah kita akan mendapat pelajaran yang sangat berharga seperti Hisham. Buku ini harus dibaca dan dimiliki oleh setiap backpacker yang banyak disulami dengan perasaan jati seorang lelaki.          

#Merentasamerika









Kasih sayang mak ayah tidak bertepi

$
0
0
Hari ini dapat post daripada  group kejiranan yang amat cantik isi kandungannya.
Cerita mak ayah dengan anak-anak tersayang. 
Rumah ibu bapa adalah rumah bagi anak-anak. Tapi tak semua rumah anak-anak adalah rumah ibu bapa. 
Anak- anak boleh bebas keluar masuk  dalam rumah ibu bapa.

Makan apa sahaja.

Tengok siaran tv ikut suka hati
Guna apa saja kepunyaan ibu bapa ikut suka hati

Tetapi
Ibu bapa tak boleh buat sesuka hati kat rumah anak- anak.
Tak boleh masak sesuka hati.
Makan apa yang ada dalam peti ais ikut suka.
Buat apa sahaja ikut suka.
Anak tetap akan berkecil hati dengan ibu bapa.



Begitu juga.
Kenderaan ibu bapa adalah kenderaan anak-anak.
Anak-anak boleh guna kenderaan ibu bapa ikut suka hati.
Minyak penuh balik kosong pun ibu bapa tak kisah.
Kalau rosak semua ibu bapa tanggung.

Tetapi
Tak semua kenderaan anak-anak ibu bapa boleh guna.
Apatah lagi dengan sesuka hati.
Takut rosak lah.
Takut langgar lah.
Takut calar lah.
Kalau guna pun.
Pastikan minyak penuh semula.
Kalau rosak pun ibu bapa kena hantar pomen baiki sebelum bagi kepada anak- anak.

Itulah bezanya ibu bapa dengan anak- anak.
Ibu bapa sentiasa mengasihi anak-anak.

Tetapi anak-anak.
Belum tentu mengasihi ibu bapa.
Mereka kasih kepada harta mereka melebihi ibu bapa.
Mereka ada masa utk membetulkan moto kesayangan mereka bila rosak tetapi mereka tiada masa hantar ibu bapa ke klinik bila emak memerlukan.

Mereka ada masa untuk membawa anak isteri bercuti.
Tetapi mereka tiada masa untuk cuti menziarahi ibu bapa yg rindukan mereka.
Mereka sayang ambil cuti untuk melawat emak.
Sibok dengan kerja dan tak boleh cuti menjadi alasan.
Tetapi mereka tidak sayang ambil cuti bila kawan baik kawin.

Ibu bapa ingin melihat anak-anak sempurna walaupun semampu yang ada.
Tetapi anak- anak belum tentu boleh sempurnakan hajat ibu bapa walaupun anak-anak berharta.

Bila isteri bercerita anak tahu apa yang isteri mahukan.Tetapi bila ibu bapa bercerita anak-anak buat tak faham apa yang ibu bapa mahukan...Ibu bapa tidak akan meminta secara terus kpd anak-anaknya kerana ibu bapa takut anak akan terasa.
Inilah di antara isi kandungan kuliah yang sangat terkesan dan realistik dalam keadaan dunia di akhir zaman ini.
Mudah-mudahan kita tergolong sebagai anak-anak yang berbakti kepada orang tua kita dan tak disisihkan atau diabaikan semasa kita sudah meningkat tua nanti.Insha Allah....

Dari whatsapp group. 

ETA Australia : Jalan-Jalan ke Perth

$
0
0
Explore Western Australia

Wave Rock, Hyden

Kesemua coretan di sini dan akan datang adalah tentang persiapan percutian ke Perth. Kami akan ke Perth dari 12 Sept  hingga 19 Sept, 2016. Penulisan ini adalah tentang visa kami ke Aussie. Aussie adalah antara negara kegemaran teman.

Kami telah menghubungi En. Amir Kensau (facebook)untuk membuat ETA. No Talipon En. Amir Kensau adalah  0175493182. Email : amirfaisal.latfi@yahoo.com. ETA dicaj RM20 sahaja.

Pertanyaan kami : Kami telah membuat visa pada tahun Dis 2015 dan telah masuk ke Melbourne pada bulan Disember 2015. ETA Kami expired pada 7 Disember 2016. Masihkah boleh digunakan untuk memasuki Perth pada bulan September,2016.

Jawapan En. Amir : Masih boleh digunakan kerana ETA Aussie adalah multiple entry tidak seperti visa China. Visa China hanya boleh digunakan sekali sahaja dan perlu dibuat semula.

Maklumat-maklumat lain yang teman perolehi yang dirasakan berguna adalah seperti berikut :

i) Kita boleh membuat visa awal daripada tarikh perjalanan kita.

ii) Bila kita hendak buat visa, paspot kita perlu lebih dari 6 bulan sebelum tamat tempoh. 

iii) Visa Aussie dikenali sebagai ETA (Electronic Travel Authorization). Boleh dipohon melalui egen. Contohnya agen yang teman apply adalah En.Amir Kensau.

iv) ETA sahlaku untuk tempoh setahun dari tarikh permohonan atau tempoh tamat paspot atau mana yang paling awal.

v) Visa Aussie adalah dalam bentuk kertas. Semua maklumat dalam kertas telah dimasukkan ke dalam sistem melalui agen ETA kita.

vi) Bin,binti, Haji dan beberapa nama lagi tidak ada dalam ETA. Perkara ini telah ditetapkan oleh pihak Imgresen Aussie.

vii) Kita perlu tunggu sehingga 12 jam baru boleh dapat ETA Aussie. Pihak Imgresen akan menapis nama-nama Islam seperti Abu, Ibnu, Muhammad, Noor, Aisyah dan lain-lain untuk tujuan keselamatan.

viii) Sekiranya kita hendak duduk di Aussie selama 3 bulan. Katakan tarikh ketibaan adalah 1 Julai 2016, maka tarikh tamat tempoh visa  adalah 30 September 2016. Validity adalah 3 bulan untuk per  maximum stay in that particular 12 months. Kita perlu keluar dari Aussie dan masuk semula. ETA masih boleh digunakan lagi kerana sah tempoh laku adalah setahun, selagi tempoh Visa belum tamat. 






Iklan Raya TNB 2016 - #LepasTu

$
0
0
Tanjong Malim

Nikmatilah Iklan Raya dari TNB 2016 - #LepasTu. Pelakon kanak-kanak itu sangat bijak dan tingkah lakunya sangat mencuit hati. Apatah lagi kita yang mempunyai anak-anak. Viral #lepas Tu.

Buat anak-anak abah. Tiada kesilapan yang tidak boleh dimaafkan.

Buat pembaca setia lagi budiman. Maaf zahir dan batin sempena bulan dan hari baik ini. Semoga kita kembali kosong-kosong. Selamat menyambut hari raya yang bakal menjelang tiba tidak lama lagi.





This is Rantau Panjang

$
0
0
Zon Bebas Cukai, Kelantan

Rantau Panjang adalah kira-kira 39 kilometer di barat daya bandar Kota Bharu dan terletak berhampiran Sungai Golok, Thailand. Ia terletak di utara negeri Kelantan dan dalam kawasan barat jajahan Pasir Mas yang dikenali sebagai zon bebas cukai.

Rantau Panjang adalah tempat membeli belah yang terkenal di Kelantan. Sekiranya teman ke kelantan, teman pasti singgah di sini. Ini adalah tempat persinggahan yang paling digemari sekiranya ke negeri Che Siti Wan Kembang. Pekan Rantau Panjang dibuka seawal jam 8 pagi hingga 6 petang. Sekiranya anda peminat barangan Siam, pasar ini sangat sesuai untuk anda kerana banyak barangan murah dari negara jiran, Thailand.

Di sini, macam-macam ada, seperti toto, jersi bola, periuk belanga, tudung, pinggan mangkuk, baju wanita dan pelbagai lagi. Anda perlu meninjau-ninjau harga dan jangan membeli dengan tergesa-gesa. Kadang kala anda perlu tawar menawar. Teman mendapati kadang kala antara sebuah kedai dengan kedai lain perbezaan harga boleh sampai RM10 ringgit.

Dahulu teman suka membeli jersi di sini. Jersi di Rantau Panjang  berkualiti dan selesa memakai. Teman juga suka membeli toto Greentex antara yang paling kualiti berbanding jenama Sweeten dan Narita. Teman juga suka membeli periuk belanga cap buaya. Selain itu, anda wajib mencuba makanan ala Thai seperti mee celup, pulut ayam, cendol, baba ais krim, kupasan mangga muda asam   dan tom yam. Baba ais ceram krim mengandungi pulut, jagung, roti dan kacang.

Tempat letak kereta yang luas dan lapang

MYDIN Rantau Panjang

Bazar Bonda

Indah Bazar

Ada dijual pelbagai jenis periuk dan toto

Bazar Siti Fatimah

Surau Al-Quddus

This is Rantau Panjang

Esperance Stonehenge, Perth

$
0
0
Jom bercuti ke Perth

Teman sedang merancang itinenary ke Perth. Esperance Stonehenge adalah antara tempat yang wajib teman kunjungi semasa di Perth nanti. Esperance Stonehenge adalah replika kepada Stonehenge yang terdapat di United Kingdom. 

Di sini teman ingin berterima kasih kepada Ohkembara.com, Mymiee.blogspot.my, Shafiq's Akmal, Jari Manis, Tips Cuti-cuti Perth, Kakiberangan (John), Makan Angin Perth dan juga isteri tersayang, Cinta dalam mengumpul maklumat sebagai bekal di Perth nanti. Pembacaan teman belum lagi berakhir dan akan terus membaca.

Sedikit maklumat tentang Esperance Stonhenge Location : RMB 4323 Merivale Road, Esperance. Dibuka dari Khamis hingga Isnin termasuk cuti sekolah dan cuti awam. Tutup pada hari krimas. Bulan Okt hingga March adalah dari jam 830 pagi hingga 500 petang. Bulan April hingga September adalah dari jam 930 pagi hingga 400 petang. Anda perlu membuat tempahan terlebih dahulu jika mengunjungi di luar dari hari dan masa buka dan tutup Esperance Stonehenge. 

Kos. Dewasa : $10. Konsesi : $8. Kanak-kanak (6-16) : $5. Keluarga (2 Dewasa/2 Kanak-kanak) : $25. Keluarga (2 Dewasa/3 Kanak-kanak): $30.

Untuk keterangan lanjut anda boleh melawat website seperti berikut :esperancestonehenge.com.au 


esperancestonehenge.com au


  esperancestonehenge.com.au
Viewing all 548 articles
Browse latest View live